Artikel Terkini

Cuti sekolah tamat, aliran trafik di lebuh raya sesak

Cuti sekolah tamat, aliran trafik di lebuh raya sesak
Cuti sekolah tamat, aliran trafik di lebuh raya sesak 1

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan perlahan ekoran pertambahan kenderaan yang bermula sejak tengah hari tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya berkata, trafik perlahan sejauh 9.2 kilometer (km) dari km 29 di [email protected], sebelum keluar Plaza tol Gombak ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Seterusnya, trafik sesak sejauh 2.4 km bermula dari km 76.9 sehingga km 74.5 (Karak) berikutan semua lorong terhalang akibat kemalangan di km 74.3.

Susulan kemalangan terbabit, LLM memaklumkan, semua kenderaan dilencongkan ke susur Sungai Dua.

Sementara itu di Lebuh Raya Utara Selatan, [email protected], trafik perlahan di Km 259.6 hingga Km 260.4 arah utara dari Port Dickson (U) ke Seremban.

Katanya, lorong Smartlane telah diaktifkan manakala laluan paling kiri boleh dilalui.

Bagi [email protected], trafik perlahan susulan kemalangan yang berlaku di km 451.2 arah Selatan dari Rawang (S) ke Sungai Buloh Hospital sehingga mengakibatkan lorong kanan terhalang.

Sementara itu, lorong kiri terhalang dan kenderaan bergerak perlahan susulan kemalangan yang berlaku di km 107.7 arah utara dari Bertam ke Sungai Petani. – KOSMO! ONLINE


Cuti sekolah tamat, aliran trafik di lebuh raya sesak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo