Berita

Daging dari India dirampas guna logo halal mengelirukan

Daging dari India dirampas guna logo halal mengelirukan 2

Butterworth: Lebih 355 tan daging kerbau sejuk beku dari India bernilai hampir RM4.3 juta dirampas selepas didapati menggunakan logo halal mengelirukan.

Rampasan dibuat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang selepas melakukan pemeriksaan rutin di Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT) di sini, pada Isnin lalu hingga 12 tengah hari semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, pihaknya mendapati terdapat 12 kontena yang membawa daging sejuk beku masuk ke pelabuhan berkenaan, tetapi pemeriksaan mendapati ia menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf pihak berkuasa negara ini.

“Semua 12 kontena itu membawa daging kerbau sejuk beku seberat 335,914 kilogram (kg), dan barangan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian,” katanya.

Daging dari India dirampas guna logo halal mengelirukan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo