Infotainment

“Dah Hampir Sebulan, Bayang Rumah PPR Pun Tak Nampak Lagi”

“Dah Hampir Sebulan, Bayang Rumah PPR Pun Tak Nampak Lagi”
"Dah Hampir Sebulan, Bayang Rumah PPR Pun Tak Nampak Lagi" 1

Bulan lalu, pemain dram Caliph Buskers, Fendy Adlun meminta bantuan rumah mampu milik daripada pihak berwajib kerana tidak mampu membayar sewa yang mahal berikutan duit simpanan hampir habis digunakan.

Terbaru, Fendy memaklumkan sudah hampir sebulan dia masih lagi menanti mengenai status permohonan rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

BACA: “Anak Saya Buta & Autisme, Dia Sendiri Minta Suapkan Makanan”

“‘Bayangan’ rumah yang memang saya harapkan sangat tidak tahu lagi statusnya macam mana. Ikutkan saya, sudah isi segala borang dengan maklumat lengkap diperlukan.

“Cuma, surat akuan sumpah mengatakan saya kerja sendiri tidak dapat disertakan kerana tiada pejabat pesuruhjaya sumpah dibuka sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu, Fendy berkata pihak DBKL sudah beberapa menghubunginya namun dia dia individu yang boleh dirujuk sehingga urusan tergendala.

Fendy turut memaklumkan bantuan bulanan dipohon seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Baitumal masih belum dapat sebarang jawapan.

“Sekarang ini, saya hanya mengharapkan untuk dapat rumah mampu milik itu sahaja. Ini kerana, bayaran sewa bulanannya tidak tinggi dan jika ada lebihan pendapatan boleh saya buat simpanan masa depan.

“Dapatlah saya berjimat banyak untuk diri sendiri dan anak. Pada zaman Covid-19 sekarang ini, saya tak tahu bila situasi pandemik ini akan berakhir. Jadi, saya memang kena berjimat-cermat perbelanjaan,” katanya.

Terdahulu, kisah Fendy mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang mengunjungi kediaman Fendy untuk menghulurkan bantuan.

Malah, Fendy berkata pihak Rina memberitahu akan memastikan permohonannya untuk rumah itu akan diuruskan dalam kadar segera.


"Dah Hampir Sebulan, Bayang Rumah PPR Pun Tak Nampak Lagi" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo