Infotainment

“Dah Tahu Dia Tak Boleh Nyanyi, Kenapa Panggil Juga?”

“Dah Tahu Dia Tak Boleh Nyanyi, Kenapa Panggil Juga?”
"Dah Tahu Dia Tak Boleh Nyanyi, Kenapa Panggil Juga?" 1

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli yang diumum sebagai peserta program Big Stage 2022.

Perkara itu mendapat perhatian penyanyi Datuk Hattan yang menyeru penyiar TV perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan ke tahap lebih tinggi.

BACA: Hattan Takkan Agungkan Lagu Indonesia

Kata Hattan lagi, Iqbal bukanlah seorang penyanyi yang bagus serta mempersoalkan mengapa dia dipanggil untuk menyertai program nyanyian itu.

“Apa yang cuba dilakukan (pihak penyiar)? Kalau ya pun nak rating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi. Takkanlah pihak produksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga?” katanya.

Menurut Hattan lagi, dia tidak menafikan gimik seperti itu sekaligus memberi impak dari segi pemasaran namun ianya memalukan industri hiburan tanah air.

“Ini seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Dalam program itu ada peserta dari Indonesia. Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?

“Kasihan 11 (peserta) yang lain bertanding beria-ria. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, oh sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punya sampah,” katanya.

Dalam pada itu, Hattan turut terkilan kerana pertandingan diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sepatutnya dibuat selari dengan standard jauh lebih baik.

“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu programlah,” katanya.


"Dah Tahu Dia Tak Boleh Nyanyi, Kenapa Panggil Juga?" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list