Infotainment

Dakwa Guna Buruh Paksa, AS Larang Import Minyak Sawit Malaysia

Dakwa Guna Buruh Paksa, AS Larang Import Minyak Sawit Malaysia 1

Dakwa Guna Buruh Paksa, AS Larang Import Minyak Sawit Malaysia 2

Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah mengeluarkan larangan import minyak sawit mentah (MSM) dari syarikat Malaysia, Sime Darby Plantation kerana melakukan aktiviti buruh paksa.

Dilaporkan oleh Reuters, larangan ke atas Sime Darby, yang dilihat sebagai pelopor minyak sawit yang dihasilkan secara lestari dapat memberi kesan buruk setelah mereka dituduh melakukan pencabulan buruh dan hak asasi manusia.

Minyak sawit adalah bahan asas yang digunakan dalam semua perkara, dari makanan hinggalah kepada industri kosmetik dan biodiesel.

Larangan import ini dikeluarkan oleh CBP berdasarkan kecurigaan berlakunya aktiviti buruh paksa di bawah undang-undang AS bagi tujuan untuk memerangi perdagangan manusia, penghambaan dan penyalahgunaan hak asasi manusia

CBP turut memberi peluang kepada Sime Darby untuk mengimport kembali barang dagangan yang telah disekat atau menunjukkan bukti bahawa barang dagangan tersebut tidak dihasilkan secara buruh paksa.

Sime Darby dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam menyatakan bahawa mereka sedang mengkaji untuk lebih memahami kesannya dan akan berunding dengan agensi terbabit untuk mengatasi masalah yang timbul.

Mereka juga turut menyatakan bahawa komited untuk memerangi aktiviti buruh paksa dan mempunyai dasar yang kuat untuk melindungi hak pekerja.

CBP dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa siasatan ke atas Sime Darby telah dilakukan selama berbulan-bulan dan terdapat tanda yang menunjukkan wujud aktiviti buruh paksa oleh Organisasi Buruh Antarabangsa di ladang yang dikendalikan oleh Sime Darby.

Untuk rekod, Sime Darby adalah syarikat Malaysia ketiga yang dilarang oleh AS tahun ini atas tuduhan buruh paksa, setelah FGV Holdings, satu lagi pengeluar minyak sawit Malaysia dan pembuat sarung tangan Top Glove juga menghadapi tuduhan yang sama.

Terdahulu, media Amerika Syarikat mendakwa bahawa wujud ‘layanan kejam’ terhadap wanita di ladang sawit Malaysia dan Indonesia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Media AS Dakwa Wujud ‘Layanan Kejam’ Terhadap Wanita Di Ladang Sawit Malaysia Dan Indonesia




Dakwa Guna Buruh Paksa, AS Larang Import Minyak Sawit Malaysia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo