Infotainment

Dakwaan Bernikah Lagi, Tauke Terus Membisu

Dakwaan Bernikah Lagi, Tauke Terus Membisu
Dakwaan Bernikah Lagi, Tauke Terus Membisu 1

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki mirip pelawak Tauke Jambu bersama seorang wanita bernama Shu seperti pasangan pengantin.

Meskipun pelbagai desas-desus timbul mendakwa pelawak itu berkahwin lagi satu, namun Tauke terus membisu. Bagaimanapun, satu entri dimuat naik di Insta Story seakan menjawab persoalan ramai.

BACA: Tular Video Lelaki Berbaju Nikah Mirip Tauke Jambu, Netizen Tanya Kahwin Lagi Ke?

Dakwaan Bernikah Lagi, Tauke Terus Membisu 2

“Siapa pun aku. Apa pun aku buat. Tujuan dan kehidupanku, solatku, hanya kerana Dia,” tulisnya.

Sementara itu, sebentar tadi Tauke dilihat ada memuat naik satu perkongsian di Insta Story meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada mereka mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Dakwaan Bernikah Lagi, Tauke Terus Membisu 3

Memetik laporan Harian Metro, cubaan untuk menghubungi Tauke dan juga isterinya, Nadia Mohd Affendi sejak semalam tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Semalam, tular beberapa gambar Tauke menggayakan baju Melayu putih lengkap bersamping bersama seorang wanita berbaju kurung dan bertudung putih seperti selesai bernikah.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina kini berusia 3 tahun.


Dakwaan Bernikah Lagi, Tauke Terus Membisu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo