Infotainment

Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan ‘Teksi Udara’

Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan ‘Teksi Udara’
Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan 'Teksi Udara' 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan, AirAsia telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa perjanjian untuk memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL buatan Vertical Aerospace daripada Avolon.

Pada masa sama Avolon dan AirAsia berkerjasama dalam membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (Urban Air Mobility/UAM) yang terkemuka di Asia Tenggara dan mengkomersialkan pesawat eVTOL sifar pelepasan.

Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan 'Teksi Udara' 2

Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan 'Teksi Udara' 4

Sumber Gambar: Newsroom AirAsia

Pesawat VX4 eVTOL mampu membawa empat penumpang dan seorang juruterbang, berkelajuan sehingga 230km/j, boleh bergerak sejauh lebih 160 kilometer, hampir senyap ketika dalam penerbangan dan paling penting sekali kos perjalanan penumpang jauh lebih murah berbanding pesawat komersial.

“Inovasi sentiasa berada di dalam DNA kami dan menggunakan teknologi sebagai cara yang lebih cekap dan mampan dalam melakukan sesuatu adalah tumpuan teras merentas Capital A (dahulunya Kumpulan AirAsia).

“Saya sangat teruja dengan kerjasama antara Avolon dan AirAsia ini dan potensi perjalanan udara ultra-pendek sifar pelepasan di Asia Tenggara,” kata Tony Fernandes dalam satu kenyataan rasmi.

Tony Fernandes turut berkongsi satu hantaran Instagram memberikan gambaran servis UAM ini bakal ditawarkan menerusi aplikasi AirAsia Ride pada masa akan datang. Beliau turut mendakwa ‘teksi udara’ ini mampu membawa penumpang dari KLIA ke pusat bandar dalam tempoh 11 minit sahaja.

Sudah pasti berita ini menggembirakan orang ramai yang selalu menggunakan laluan udara selama ini. The Vocket akan kongsikan perkembangan semasa sehinggalah perkhidmatan ‘e-hailing udara’ ini beroperasi sepenuhnya pada masa akan datang.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat beberapa lagi kejayaan AirAsia dalam memenuhi keperluan orang ramai menggunakan teknologi. Baca lebih lanjut menerusi pautan di bawah.

AirAsia Lancarkan Ourfarm, Platform ‘E-Commerce’ Memfokuskan Kepada Agrikultur

Derma Dengan Ikhlas, Inisiatif AirAsia Bantu Mereka Yang Memerlukan Ramadan Ini

AirAsia Bakal Pasarkan 550 Produk Tempatan Menerusi Laman e-dagangnya


Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan 'Teksi Udara' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list