Artikel Terkini

Daun Kunyit Kuning Tak Subur, Ini Cara Tanam Dan Rawatannya

Daun Kunyit Kuning Tak Subur, Ini Cara Tanam Dan Rawatannya
Daun Kunyit Kuning Tak Subur, Ini Cara Tanam Dan Rawatannya 1

Daun kunyit kuning dan tak subur, lelaki ini kongsi cara tanam dan perawatannya. Pokok kunyit adalah antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tanaman halaman rumah. Pokok kunyit ini adalah salah satu pokok dapur yang wajib ada dekat rumah. Tak semestinya ada tanah baru boleh tanam pokok kunyit.

Pokok kunyit yang mempunyai banyak kegunaan untuk masakan, kecantikan dan kesihatan menjadikan ia pokok wajib ditanam halaman rumah. Tapi nak tanamnya memang cabaran, jika salah cara, habis pokok daun kunyit rosak tapi jika betul pasti merimbun!

Ikuti perkongsian lelaki ini tentang pengalaman tanam pokok daun kunyit. Hasilnya memang menjadi dan subur! Saya juga baru je belajar menanam daun kunyit guna Polly beg ni baru sangat dalam 4 hingga 5 bulan lebih kurang.

Daun Kunyit Kuning Tak Subur, Ini Cara Tanam Dan Rawatannya 2

Senang cerita kunyit suka sejuk maksudnya redup kalau bawah matahari terus tanpa hujan kurang siram tanah kering dia akan kuning.ini pengalaman saya tanam atas tanah yang terdedah matahari,pokok jarak-jarak dan tak rapat tak ada perlindungan. kawasan matahari petang memang terik. Kalau matahari pagi lebih baik dan ia mampu bertahan tapi daun kunyit agak terbakar hujung-hujung tapi masih boleh digunakan.

Pindah dalam polly beg letak tepi rumah, teduh bawah pokok rambutan tempat ni memang sejuk dan matahari pagi daun lebih lebar daun lebih hijau dan saya hanya guna baja urea kalau ada nasi basi saya letak sikit-sikit je kat tanah dia pas tu gembur-gemburkan.

Tanah yang digunakan

Sekam bakar
Sabut kelapa halus (cocopaet)
Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar
Alhamdulillah Dari 3-4 pokok kini saya mendapat 37 pokok.

GUNA TANAH COCOPAET
Guna cocopaet ni sebenarnya senang. Saya pun baru tahu kita tak perlu siram selalu sebab tanahnya memang sentiasa lembab dan bila musim hujan dia tak terlalu terendam air dan dia tak akan mampat so akar senang bercambah pokok jadi besar daun pun besar-besar geram tengok sukanyaaaaa.

POTONG BATANG JIKA ADA POKOK YANG LAYU DAN ROSAK
Ok lagi satu dalam 10 pokok yang kita tanam mesti ada salah satunya layu bantut dan mati. Jadi saya korek isinya dan lihat masih cantik keras tak membusuk jadi saya biarkan saja alhamdulillah dah keluar tunas baru.

Jika ada pokok anda yang layu dan mati semua daun potong sahaja batang dia insyaallah dia akan tumbuh semula kalau isinya tak akan membusuk.

Jika isinya membusuk baik buang je. Gemburkan tanah jika tanah dah mengeras eloknya tukar tanah jika tak sesuai

TANAM KUNYIT SKALA BERSAR
Jika kita lihat bagai mana orang tanam kunyit berskala besar berekar-ekar tapi cantik dan subur walaupun terdedah pancaran matahari pada pandangan saya sebab ia rapat dan tanahnya lembab x terlalu kering. Pembajaan yang bagus kerana mereka memang pakar. Tanah bersesuaian, tanah gembur dan perairan yang bagus.

BELAJAR PENGALAMAN SENDIRI TANAM KUNYIT
Puas juga saya cuba cari di YouTube mencari bagaimana menanam kunyit tapi semua menunjukkan cara menanamnya sahaja tapi tidak cara perawatan dan kawasan yang sesuai. Susah sebenarnya mendapatkan ilmu jika tak ada yang ajar, apa yang saya dapat semua dari pengalaman sendiri. Belajar dari kesilapan dan usaha sampai dapat.

Selamat mencuba!

Kredit: Azizi Manap

Daun Kunyit Kuning Tak Subur, Ini Cara Tanam Dan Rawatannya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo