Infotainment

‘Degup Lebih Tepat Dalam Skema Jawapan Apabila Bercakap Tentang Jantung’ – Cikgu Zack Kirana

‘Degup Lebih Tepat Dalam Skema Jawapan Apabila Bercakap Tentang Jantung’ – Cikgu Zack Kirana
‘Degup Lebih Tepat Dalam Skema Jawapan Apabila Bercakap Tentang Jantung’ – Cikgu Zack Kirana 1

‘Degup Lebih Tepat Dalam Skema Jawapan Apabila Bercakap Tentang Jantung’ – Cikgu Zack Kirana

Sebelum ini seorang guru Bahasa Malaysia, Zack Kirana menegur kesalahan perkataan ‘denyut’ yang digunakan oleh penulis lirik lagu ‘Casablanca’. Menurut cikgu Zack, untuk jantung perkataan yang seharusnya digunakan adalah ‘degup’. Berikutan daripada teguran tersebut, cikgu Zack menerima pelbagai pendapat daripada netizen.

Artikel berkaitan: ‘Jantung Degup, Bukan Denyut!’ – Cikgu Zack Kirana Tegur Perkataan Salah Dalam Lirik Lagu ‘Casablanca’

Terbaru, cikgu Zack meluahkan rasa terkejut dengan penerimaan orang ramai tentang perkongsiannya baru-baru ini.

Ketepatan istilah menjadi isu utama

‘Degup Lebih Tepat Dalam Skema Jawapan Apabila Bercakap Tentang Jantung’ – Cikgu Zack Kirana 3

Menurut cikgu Zack, dia sedar akan wujudnya istilah ‘denyut’ yang digunakan untuk menunjukkan pergerakan naik turun yang juga boleh merujuk kepada organ jantung seperti yang tercatat dalam rekod Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengalaman saya sebagai guru bahasa Melayu sendiri, ketepatan istilah selalu menjadi isu utama kepada anak-anak murid apabila ingin menulis atau mencari kesalahan tatabahasa. Beberapa kali saya menemukan kesalahan istilah ‘berdenyut’ dan ‘berdegup’. Ternyata ‘degup’ lebih tepat dalam skema jawapan apabila bercakap tentang jantung.

Ujar cikgu Zack lagi, penerangannya lebih bertumpu kepada anak-anak murid untuk memilih istilah yang paling tepat dalam karangan dan lain-lain walaupun mengetahui bahawa ‘denyut’ juga boleh digunakan dalam situasi berbeza.

Ada banyak kesalahan istilah yang selalu menjadi kesalahan pelajar terutamanya apabila terdapat dua perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama. Mungkin khilaf daripada saya ialah saya tidak memasukkan video daripada ‘story Instagram’ saya sepenuhnya tentang kebolehan menggunakan ‘denyut’ untuk jantung. Saya mohon maaf jika membangkitkan amarah sesiapa yang berkenaan. Ternyata lagu tersebut masih lagi indah dan menjadi kegemaran saya.

Buka ruang berdebat soal bahasa

‘Degup Lebih Tepat Dalam Skema Jawapan Apabila Bercakap Tentang Jantung’ – Cikgu Zack Kirana 4

Cikgu Zack turut memberi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membuahkan pendapat. Tambahnya, perkara ini berjaya membuatkan ramai orang mula mencari tahu beberapa istilah bahasa Melayu dengan lebih mendalam dan membuka ruang untuk berdebat soal bahasa.

Sama ada anda menyokong atau menentang, saya menghargainya. Saya mencintai kedua-dua bidang ini iaitu bidang bahasa dan sastera memandangkan saya bekas pelajar Pengajian Melayu dan mengambil minor Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya. Sudah banyak perkongsian yang saya berikan berkenaan bahasa selama dua tahun ini kepada rakyat Malaysia tanpa mengharapkan apa-apa selain doa yang baik-baik.

Saya masih ingin berguru dan mencari ilmu bahasa untuk menjadikan saya orang Melayu yang berjati diri dan berprinsip. Saya masih ingin memperjuangkan bahasa Melayu sampai hujung nyawa, insya-Allah. Semoga bahasa Melayu kita tidak dipijak-pijak dan dipinggirkan di bumi sendiri.

Di akhir perkongsian, cikgu Zack menegaskan bahawa kedua-dua perkataan ‘denyut’ atau ‘degup’ digunakan untuk keperluan, tujuan dan situasi yang berbeza.

Sumber: Zack Kirana


‘Degup Lebih Tepat Dalam Skema Jawapan Apabila Bercakap Tentang Jantung’ – Cikgu Zack Kirana 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list