Artikel Terkini

Dewan Tertinggi BN muktamad keputusan bentuk kerajaan esok

Dewan Tertinggi BN muktamad keputusan bentuk kerajaan esok
Dewan Tertinggi BN muktamad keputusan bentuk kerajaan esok 1

KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan memuktamadkan keputusan mengenai rundingan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan esok.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ketika ini perbincangan mengenai rundingan itu masih berjalan dan tiada kata putus dicapai setakat ini.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi BN telah bermesyuarat, belum ada sebarang keputusan dibuat dan perbincangan masih diteruskan.

“Ini kerana Istana Negara sudah mengeluarkan perintah di mana esok sebelum 2 petang perlu dimuktamadkan.

“Setakat ini, saya belum boleh memaklumkan apa-apa sebab belum ada kata putus. Kita akan buat keputusan bersama esok,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato Onn di sini hari ini.

Terdahulu Ka Siong hadir ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN di ibu pejabat UMNO selepas mengadakan rundingan dengan pimpinan tertinggi PH di Hotel Seri Pacific di sini pagi tadi.

Jawatankuasa Perundingan BN yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan perundingan itu bersama enam lagi pimpinan tertinggi BN.

Antaranya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin

Dalam pada itu, Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya akan mengambil kira rundingan semua pihak dan tidak terhad kepada PH sahaja sebelum keputusan dibuat.

“Kita melihat kepada kesemua kemungkinan, sekarang ini belum lagi muktamad, belum tahu mana satu akan dipilih,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dewan Tertinggi BN tak pernah bincang pembentukan kerajaan Perak – Ka Siong

Dewan Tertinggi BN muktamad keputusan bentuk kerajaan esok 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo