Artikel Terkini

Dia kacukan macam saya, nanti akan tunjuk – Siti Saleha

Dia kacukan macam saya, nanti akan tunjuk – Siti Saleha
Dia kacukan macam saya, nanti akan tunjuk - Siti Saleha 1

KUALA LUMPUR – Selepas hampir setahun hidup solo, pelakon popular Siti Saleha tidak menafikan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki berdarah kacukan.

Pemilik nama lengkap, Siti Saleha Mohd. Baharum bagaimanapun mengakui hubungan mereka masih berada dalam fasa awal dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

Buat masa ini, pelakon yang terkenal menerusi naskhah 7 Hari Mencintaimu itu juga belum bersedia untuk memperkenalkan teman lelakinya itu kepada umum, namun akan berbuat demikian apabila benar-benar sudah bersedia dalam masa terdekat.

“Nanti saya kongsi dalam Instagram hanya apabila saya benarbenar sudah bersedia.

“Sungguhpun begitu, kawan-kawan yang rapat dengan saya tahu tentang hal ini walaupun saya tak kongsi gambar apa.

“Bila-bila masa sahaja nanti, saya akan tunjuk muka dia (teman lelaki),” kata Saleha kepada Kosmo! Online usai majlis tayangan perdana projek siri original terbaharu lakonannya berjudul Hilang terbitan perkhidmatan video over-the-top, Viu Malaysia.

Mengulas lanjut, si cantik yang mesra disapa dengan nama Sally itu memberitahu, lelaki istimewa di hatinya itu seorang yang sangat baik.

“Tiada apa yang serius sangat pun. Maksud saya, saya sedia berkawan. He’s a nice guy (dia seorang lelaki yang baik),” ujarnya.

Menjawab tentang kesahihan khabar angin berterbangan lelaki itu berdarah kacukan seperti dirinya, jawab Sally bersahaja: “Ya Tuhan, saya macam dah cakap habis semua dah (ketawa). Dia mix blood (berdarah kacukan). Sama macam saya. Orang putih. Kacukan juga.”

Terdahulu, Sally berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 namun bercerai empat tahun kemudian.

Sementara itu, ditebak pertanyaan ramai dalam kalangan peminat yang menyifatkan penampilan dirinya semakin ‘daring’ dan seksi terutama selepas bercerai, Sally berkata, dia sememangnya selesa berpenampilan sebegitu sejak dahulu namun ada batasan yang tetap dijaga.

“Orang tahu saya memang seksi tapi saya tahu batasannya. Tiadalah saya ‘all-out’ tunjuk itu ini tapi saya selesa dengan kulit saya.

“Ini adalah saya dan kalau ibu bapa saya sendiri tak bising, pandailah saya jaga diri. Saya pun dah 32 tahun. Kalau orang tak suka, tak mengapa tapi inilah diri saya,” jelasnya.

Sedikit tentang karakter yang dibawanya dalam siri Hilang arahan Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi bernama Wangi, Sally sangat teruja melakonkan watak lain daripada lain iaitu seorang wanita cacat penglihatan atau buta.

Kakak kepada Sam Bunkface itu menjelaskan, dia ‘turun padang’ menjenguk komuniti Orang Kelainan Upaya (penglihatan) di sekitar Brickfields demi menjayakan karakter terbabit.

“Saya buat ‘homework’ sampai pergi turun Brickfields tengok orang buta buat kerja mengurut dan sebagainya.

“Sebelum ini, saya tak tahu pun ada persatuan sendiri untuk menjaga kebajikan dan periuk nasi sendiri. Watak Wangi sangat membuka mata saya tentang kewujudan golongan sebegini yang perlu dihargai,” katanya.

Selain Sally, Hilang turut dibarisi pelakon handalan tanah air seperti Khir Rahman, Aqasha, Jasmine Suraya. – KOSMO! ONLNE


Dia kacukan macam saya, nanti akan tunjuk - Siti Saleha 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo