Infotainment

Diberi Peluang Bersihkan Masjid Nabawi, Yatt Hamzah Idam Menetap Di Madinah

Diberi Peluang Bersihkan Masjid Nabawi, Yatt Hamzah Idam Menetap Di Madinah
Diberi Peluang Bersihkan Masjid Nabawi, Yatt Hamzah Idam Menetap Di Madinah 1

Baru-baru ini, pelakon Yatt Hamzah yang kini berada di Madinah sempat berkongsi kegembiraannya dan berasa terharu apabila diberi peluang untuk membersihkan Masjid Nabawi.

Yatt Hamzah

Menurut Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, dia diberikan peluang tersebut selepas selesai solat asar semalam dan perasaannya sangat luar biasa walaupun hanya sekejap.

Memang dah lama teringin nak membantu pekerja-pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi sebab Bonda (panggilannya) ni memang suka sangat-sangat membersihkan rumah.

Perkara tersebut dikongsikan Yatt menerusi sebuah hantaran video yang di muat naik di laman Instagram untuk tatapan peminatnya.

Dalam hantaran tersebut, Yatt dilihat sedang menggunakan alat pembersih hampagas untuk membersihkan karpet dalam Masjid Nabawi yang juga dikenali sebagai Masjid Nabi itu.

Ujar pelakon Dunia Baru itu lagi, dia juga sangat mementingkan kebersihan dan tidak suka pada suasana rumah yang kotor.

Yatt Hamzah diberi peluan bersihkan Masjid Nabawi

Dalam hantaran tersebut juga, ibu kepada enam orang cahaya mata itu turut menyatakan impiannya untuk membawa keluarganya menetap di Madinah dan bersekolah serta membesar di sana.

Ya Allah, aku teringin sangat membawa keluargaku untuk menetap di Madinah. Aku sangat teringin anak-anakku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini.

Sebelum ini, Yatt telah berlepas ke Madinah seorang diri tanpa di temani ahli keluarganya termasuk suami untuk mengerjakan ibadah umrah pada 29 Oktober lalu.

Yatt juga mengatakan yang dia tekad unruk mengerjakan umrah walaupun seorang diri kerana menganggap perkara tersebut sebagai satu pengorbanan demi Rasulullah SAW.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminatnya turut gembira melihatnya dan meminta agar Yatt mendoakan sekali untuk mereka di sana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Diberi Peluang Bersihkan Masjid Nabawi, Yatt Hamzah Idam Menetap Di Madinah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo