Infotainment

Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa ‘Kekasih’ Jumpa Isteri

Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa ‘Kekasih’ Jumpa Isteri
Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa 'Kekasih' Jumpa Isteri 1
August 4th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa 'Kekasih' Jumpa Isteri 2

Choky dan Intan Permata (Liputan6)

Setiap pasangan bergelar suami isteri pasti akan melalui asam garam rumah tangga. Oleh hal demikian, sifat memahami dan bertolak ansur perlu ada dalam diri setiap individu untuk menyelesaikan segala salah faham yang terjadi.

Itulah yang dilakukan pelakon kacak dari Indonesia ini, Choky Andriano yang nekad membawa bekas teman wanitanya berjumpa dengan isterinya semata-mata mahu menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara mereka.

Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa 'Kekasih' Jumpa Isteri 4

Foto: Suara.com

Baru-baru ini viral beberapa foto di media sosial yang memaparkan aksi ‘mesra’ Choky bersama bekas teman wanita, Intan Permata. Perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan isteri Choky iaitu Icha sehinggakan wanita itu nekad menanggalkan cincin perkahwinannya.

Berikutan daripada itu, Choky yang berusia 38 tahun ini nekad untuk mempertemukan Intan bersama Icha. Meskipun pada awalnya dia tidak berani tetapi disebabkan tidak mahu perselisihan faham yang berlaku antara mereka bertiga semakin berpanjangan, Choky memberanikan diri.

Saya berfikir bagaimana kalau ada sesuatu benda buruk berlaku? Kami bertiga berjumpa, Alhamdulillah tidaak ada apa-apa. Saya dan Intan telah menjelaskan kepada Icha tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kami juga dah minta maaf.

Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa 'Kekasih' Jumpa Isteri 6

Choky dan isteri, Icha (Liputan6)

Choky dan Intan juga telah menjelaskan perkara sebenar dan mengakui kesilapan yang dilakukan mereka. Selepas mendengar penjelasan daripada suami dan Intan, Icha mengakui sudah memaafkan mereka berdua.

Apabila ditanya mengenai kontroversi foto mesra bersama Intan, Choky mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan Intan tetapi itu adalah kisah lama dan kini mereka tidak ada apa-apa hubungan yang serius. Tegas Choky lagi, dia tidak pernah berlaku curang dibelakang isterinya, Icha.

Sumber: Hot Detik


Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa 'Kekasih' Jumpa Isteri 8

The following two tabs change content below.


Didakwa Curang & Foto Mesra Tersebar, Pelakon Indonesia Berani Bawa 'Kekasih' Jumpa Isteri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo