Infotainment

Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000, Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap

Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000, Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap
Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000, Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap 1

Usahawan Mawar Karim bakal berdepan tindakan pengisytiharan bankrap jika gagal untuk melunaskan hutang yang dipinjam olehnya daripada seorang sahabat.

Memetik mStar Online, Mawar dikatakan ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 dariapada kenalan bernama Nabil Mat Yahya untuk memulakan perniagaannya.

BACA: Mawar Karim Terkejut Maryam Cakap ‘Sad’ Selepas Pulang Bercuti Dengan Fizo Omar

Menurut peguam mewakili pihak Nabil, Nik Zarith, Mawar gagal melunaskan hutang tersebut secara ansuran dalam tempoh tujuh bulan, bermula tarikh pinjaman iaitu 7 Jun 2021 mengikut perjanjian bertulis.

Bagaimanapun, selepas 10 bulan bekas isteri kepada Fizo Omar itu gagal melangsaikan hutangnya dan satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan. Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangii, Selangor pada Januari lalu.

Sementara itu, Nik Zarith berkata sehingga hari ini anak guamnya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar dan kali terakhir mereka berhubung pada Oktober tahun lalu.

“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau lantikan peguam memandangkan ia sudah menjadi kes mahkamah,” katanya.


Didakwa Lari Bayar Hutang RM720,000, Mawar Karim Berdepan Risiko Bankrap 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list