Berita

Didakwa membuat 21 tuntutan palsu

Didakwa membuat 21 tuntutan palsu 2

Johor Bahru: Pembantu Tadbir Pejabat Kadi Daerah Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas 21 pertuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM16,800 terhadap kelas agama yang tidak wujud pada 2015 dan 2016 lalu.

Tertuduh, Norazah Abd Aziz, 49, mengaku tidak bersalah selepas semua 21 pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, Norazah yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Pengkeranian/Operasi Gred N17 di Pejabat Kadi Daerah Kluang dengan niat memperdayakan prinsipalnya iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan membuat tuntutan palsu menerusi Borang Tuntutan Saguhati Mengajar Di Bawah Rancangan Kelas Takmir Masjid Dan Surau berjumlah RM800 setiap satu, selama 21 bulan.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada Januari hingga Disember 2015 serta Januari hingga September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Mahirah Mohd Pauzi manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Norbaya Aman.

Terdahulu, Nur Mahirah menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, pasport diserah pada mahkamah selain perlu melapor diri di Pejabat SPRM pada setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM10,000 berikutan anak guamnya mengalami masalah kewangan.

Hakim memerintahkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin, pasport diserah pada mahkamah selain perlu melapor diri di Pejabat SPRM pada setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Mac depan bagi penyerahan dokumen.

Didakwa membuat 21 tuntutan palsu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo