Infotainment

Didakwa Membuat Hantaran Berbaur Fitnah, SM Faisal Saman Caprice Isu Emilia Hanafi

Didakwa Membuat Hantaran Berbaur Fitnah, SM Faisal Saman Caprice Isu Emilia Hanafi
Didakwa Membuat Hantaran Berbaur Fitnah, SM Faisal Saman Caprice Isu Emilia Hanafi 1

Sebut mengenai Caprice pasti ramai yang mengenalinya begitu juga dengan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal yang merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Artikel Berkaitan:

Situasi dua individu ini dilaporkan baru-baru ini dilaporkan menjadi tegang apabila Datuk SM Faisal memfailkan saman terhadap Caprice berhubung isu hantaran berbaur fitnah yang dibuat selebriti tersebut di laman Instagram mengenai kes Emilia Hanafi.

Difahamkan Datuk SM Faisal telah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu dengan menamakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sebagai defendan.

Didakwa Membuat Hantaran Berbaur Fitnah, SM Faisal Saman Caprice Isu Emilia Hanafi 3
Bekas isteri Datuk SM Faisal, Emilia Hanafi. Sumber: The Sun Daily

Menerusi dokumen yang diperoleh, Datuk SM Faisal pada 27 Jun lalu memaklumkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini memerintahkan Emilia Hanafi ayng merupakan bekas isterinya menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana gagal mematuhi perintah komital mahkamah.

Plaintif mendakwa insiden itu kemudian dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat mala fide atau niat jahat tanpa sebarang rujukan atau klarifikasi daripada pihak plaintif.

Bukan itu sahaja, plaintif turut memaklumkan defendan dengan niat sama turut mengherdik, mencemuh dan memburukkan plaintif atau Mahkamah Syariah dengan memuat naik video atau hantaran melalui Instagramnya pada 28 Jun lalu.

Posting itu mendapat publisiti meluas kerana defendan mempunyai lebih kurang 1.5 juta pengikut di Instagram beliau. Bahkan sehingga tarikh pemfailan tindakan saman ini di mahkamah, posting fitnah tersebut dilihat atau mendapat like daripada 14,500 orang,” kata Datuk SM Faisal.

Menurut Datuk SM Faisal, tindakan Caprice itu menyebabkan beliau berasa tertekan dari segi emosi selain cemuhan dan gangguan daripada pihak-pihak yang ada kaitan atau menyokong kempen untuk menjatuhkan beliau.

Membuat hantaran secara tersurat dan tersirat seolah menampakkan beliau sebagai lelaki yang kejam dan disamakan dengan orang Yahudi serta ayah zalin atau jahat kepada anak-anak antara yang dilakukan defendan.

Sehubungan dengan itu, Datuk SM Faisal menerusi peguam beliau telah menghantar surat tuntutan bertarikh 7 Julai 2022 berkenaan hantaran fitnah tersebut yang mana antara lain menuntut penarikan balik, permohonan maaf, namun defendan gagal menenuhi tuntutan plaintif.

Justeru plaintif memohon suatu perintah injunksi mandatori terhadap defendan untuk mengeluarkan atau memadamkan hantaran fitnah tersebut yang diterbitkan, dimuat naik, disebarkan atau disiarkan yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif.

Datuk SM juga difahamkan turut menuntut suatu injunksi kekal menghalang Caprice sama ada oleh dirinya sendiri, sekutunya, ejennya atau sesiapa sahaja daripada memuat naik, menyebarkan, menyiarkan,menerbitkan, mengedarkan atau menghebahkan dengan apa cara sekalipun.

Menurut Peguam Datuk SM Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Kosmo memaklumkan tarikh pengurusan kes seterusnya bakal ditetapkan pada 14 Oktober ini.

Caprice tidak gentar

Sementara itu, Caprice menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan beliau tidak gentar dengan saman yang dikemukan serta memilih untuk terus membantu lebih ramai mangsa.

“Insya-Allah saya akan sentiasa membantu mangsa-mangsa yang minta tolong di luar sana. Kami tidak akan berhenti atau berdiam diri,” respon Caprice selepas diminta memadam video berkaitan kes tersebut di akaun media sosial.

Beliau juga dilihat turut berkongsi semula video yang membuatkan beliau difailkan saman sekaligus menunjukkan pendirian beliau terhadap kes yang melibatkan Datuk SM Faisal dan Emilia Hanafi ini.


Didakwa Membuat Hantaran Berbaur Fitnah, SM Faisal Saman Caprice Isu Emilia Hanafi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list