Berita

Digantung tugas tinggal pesakit Covid-19 tanpa oksigen

Digantung tugas tinggal pesakit Covid-19 tanpa oksigen 1

Digantung tugas tinggal pesakit Covid-19 tanpa oksigen 2

Peshawar: Tujuh kakitangan di hospital digantung tugas kerana meninggalkan pesakit Covid-19 tanpa bantuan oksigen selama beberapa jam.

Lima pesakit di wad isolasi dan seorang di unit rawatan rapi meninggal dunia kerana kerana kelewatan pengambilan oksigen, kata laporan awal semalam.

Kekurangan oksigen kronik ‘tidak disedari, tidak diawasi dan tidak diperiksa’,” kata laporan itu, sambil menambah bahawa tidak ada bekalan oksigen sandaran disediakan.

Pengarah hospital adalah antara mereka yang digantung serta-merta.

Taimur Saleem Jhagra, seorang menteri kesihatan wilayah, memberitahu AFP bahawa pihak berkuasa akan mengadakan siasatan terperinci kedua dalam tempoh lima hari akan datang.

“Hospital kekurangan oksigen dari sekitar jam 8 malam, kenapa mereka tidak dapat menyelesaikan masalah ini hingga selepas jam 12 malam?.

“Sebahagian kakitangan tidak bekerja, ada yang tidak hadir dan tidak ada pengaturan ganti, bahkan pasukan kecemasan tidak ada,” katanya.

Jurucakap hospital, Farhad Khan memberitahu AFP semalam bahawa gangguan bekalan oksigen menjejaskan kira-kira 200 orang, termasuk hampir 100 orang yang dijangkiti Covid-19.

Pakistan telah melaporkan lebih daripada 400,000 kes Covid-19, termasuk lebih 8,000 kematian sejak ia dikesan di negara itu pada akhir Februari.

Unit rawatan intensif di hospital di seluruh negara kini hampir penuh, dengan pemerintah bergelut untuk menangani masalah beban kes Covid-19 yang melambung tinggi.

Digantung tugas tinggal pesakit Covid-19 tanpa oksigen 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo