Infotainment

Dijual RM388.88 Sekilogram, Netizen Terkejut Ikan ‘Kayangan’ Ini Ada Di Lotus’s

Dijual RM388.88 Sekilogram, Netizen Terkejut Ikan ‘Kayangan’ Ini Ada Di Lotus’s
Dijual RM388.88 Sekilogram, Netizen Terkejut Ikan 'Kayangan' Ini Ada Di Lotus's 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seperti hari-hari sebelum ini, pasar raya Lotus’s akan membuat hebahan tentang harga terendah yang mereka tawarkan untuk pengguna di laman sosial. Namun, perkongsian mereka pada hari semalam meraih perhatian yang luar biasa daripada netizen.

Artikel Berkaitan:

Ia selepas netizen ‘tergamam’ melihat harga sejenis ikan yang dijual pada harga RM388.88 sekilo. Bagi yang mengenali ikan Empurau atau kelah, mereka terkejut ikan ‘kayangan’ ini boleh dibeli di Lotus’s.

Bagi penduduk di Borneo, ikan ini sangat dikenali kerana harganya yang mahal dan tidak semua pernah merasa untuk makan ikan ini. Malah, bergantung kepada jenis dan saiz ikan ini boleh mencecah harga ribuan ringgit sekilo!

Ikan eksotik ini mahal disebabkan ia hanya memakan buah-buahan yang tumbuh di tebing sungai seperti engkabang, iaitu makanan ruji ikan empurau yang mampu memberikan rasa berlemak pada isi ikan dan mempunyai aroma harum tersendiri apabila dimasak.

Ikan empurau liar, yang digelar emas Borneo, hidup dalam habitat sungai yang bersih, sejuk, jernih serta mengalir deras dengan dasar sungai berbatu menyebabkan ikan ini akan berhijrah jika habitatnya dicemari.

Melihat di ruangan komen, bagi yang pernah merasa, rata-rata mengatakan daging ikan ini memang sedap dan rasanya memang lain daripada ikan biasa. Rasanya manis tetapi tidak mampu untuk dimakan hari-hari kerana harganya yang mahal.

Dijual RM388.88 Sekilogram, Netizen Terkejut Ikan 'Kayangan' Ini Ada Di Lotus's 3

Dijual RM388.88 Sekilogram, Netizen Terkejut Ikan 'Kayangan' Ini Ada Di Lotus's 4
Antara komen daripada netizen

Lotus’s bagaimanapun tidak memperincikan di lokasi mana ikan empurau ini dijual. Jadi, jika anda singgah di Lotus’s berhampiran rumah anda dan ternampak ikan ini, jika ada rezeki lebih bolehlah cuba beli dan rasa sendiri keenakan ikan ini.


Dijual RM388.88 Sekilogram, Netizen Terkejut Ikan 'Kayangan' Ini Ada Di Lotus's 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo