Infotainment

Dikecam Gelar Lisa ‘Blackpig’, Janna Nick Tutup IG & Twitter?

Dikecam Gelar Lisa 'Blackpig', Janna Nick Tutup IG & Twitter? 2

Belum lagi reda dengan isu didakwa mempersenda kematian bintang K-Pop sehingga bersumpah sambil memegang Al-Quran, pelakon dan pengacara popular Janna Nick sekali lagi terpalit dengan kontroversi lain.

Terbaru, Janna dikecam gara-gara nama satu watak dalam telefilem terbarunya, Delen apabila dikatakan menghina ahli kumpulan Blackpink dengan menggelarkannya sebagai Lisa ‘Blackpig’. Tindakan Janna itu sekaligus mengundang kemarahan daripada netizen terutama peminat K-Pop.

BACA: Bersumpah Pegang Al-Quran, Janna Nick Nafi Persenda Kematian Bintang K-Pop

Dikecam Gelar Lisa 'Blackpig', Janna Nick Tutup IG & Twitter? 3

Malah, Instagram dan Twitter milik Janna juga sudah tiada. Namun tidak dapat dipastikan sama ada sudah dinyahaktifkan oleh Janna atau disebabkan report yang dibuat oleh netizen.

Namun, di Twitter Hashtag #jannanickisgoingpartyjail masih lagi trending dan pelbagai kecaman daripada peminat K-Pop diterima oleh pelakon itu termasuk dari luar negara.

Difahamkan, sebelum itu Janna sempat memuat naik status di Twitter di mana dia membuat laporan polis terhadap pihak yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah terhadapnya sebelum akaunnya hilang.

Dikecam Gelar Lisa 'Blackpig', Janna Nick Tutup IG & Twitter? 4

Setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Janna mengenai isu tersebut. Terdahulu, Janna menafikan dakwaan tidak menghormati kematian seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu apabila videonya diperkatakan kembali.



Dikecam Gelar Lisa 'Blackpig', Janna Nick Tutup IG & Twitter? 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo