Artikel Terkini

Dina Nadzir hampir tersingkir GV9, sembilan peserta masih selamat

Dina Nadzir hampir tersingkir GV9, sembilan peserta masih selamat
Dina Nadzir hampir tersingkir GV9, sembilan peserta masih selamat 1

SHAH ALAM – Nasib sembilan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) akhirnya terjawab apabila tiada sebarang penyingkiran berlaku pada konsert minggu kelapan yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA di sini malam tadi.

Perkara tersebut diumumkan oleh dua pengacaranya, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein selepas selesai segmen Ada Lagu Ada Lagi.

Sebelum itu, penyanyi Jaclyn Victor muncul sebagai bintang yang menduduki kedudukan teratas dengan markah tertinggi iaitu 85 peratus.

Manakala V.E di tempat kedua dengan markah 80.40% sementelah Tomok pula cemerlang di kedudukan ketiga (79%).

Sementara itu, Dina yang mendendangkan lagu Hijau nyanyian asal Datuk Zainal Abidin gagal menambat hati para juri apabila menjadi peserta terakhir susulan meraih markah terendah malam tadi.

Pada konsert minggu kesembilan, sembilan penyanyi diberikan tugasan menyampaikan lagu bertemakan You Like I Like.

Keputusan tiada penyingkiran bukan pertama kali berlaku sepanjang tempoh GV9 kerana pernah dilakukan pada minggu pertama, keempat dan keenam.

Kesemua penyanyi yang bertanding diadili oleh tiga juri tetap iaitu Ramli, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz.

Malam ini juga, GV9 membuat kejutan dengan menjemput penyanyi ternama Indonesia, Raisa sebagai juri jemputan. – KOSMO! ONLINE


Dina Nadzir hampir tersingkir GV9, sembilan peserta masih selamat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo