Infotainment

Disangka Ada Jenama Hijab Sendiri, Izara Aishah Tak Minat Nak Jual Tudung

Disangka Ada Jenama Hijab Sendiri, Izara Aishah Tak Minat Nak Jual Tudung
Disangka Ada Jenama Hijab Sendiri, Izara Aishah Tak Minat Nak Jual Tudung 1

Tampil cantik berhijab, pelakon Izara Aishah disangka mempunyai jenama tudungnya sendiri oleh beberapa pengguna media sosial.

Izara Aishah

Bersedia Untuk Padam Media Sosial Jika Haram, Izara Aishah Tanya Pendapat Ustazah

Ini berikutan pelakon tersebut telah mempromosikan koleksi sebuah jenama tudung terbaru daripada Shawl Publika.

Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin menjawab twit seorang warga maya yang menyangka koleksi tudung yang digayakan pelakon itu adalah daripada jenamanya sendiri.

“Lawanya koleksi tudung Izara Aishah by Shawl Publika.” tulis individu tersebut.

Enggan disalah erti, pelakon filem J Revolusi ini tampil menjawab  dan menjelaskan bahawa dia hanyalah model untuk jenama tudung tersebut.

Izara dalam pada itu bertegas bahawa hijrahnya itu bukanlah berniat untuk muncul dengan sebarang jenama produk tudung sendiri malah belum berhasrat untuk melancarkan koleksi pakaian miliknya sendiri.

Jual tudung bukan sesuatu yang saya nak buat. Maaf saya lebih suka membeli. Saya selalu teringin nak lancarkan jenama baju sendiri tetapi buat masa sekarang malas. Sangat sibuk menjaga nyawa kecil saya (anak) dan sudah cukup gembira dengan bisnes lain.

Terdahulu, sekitar pertengahan Ogos lalu, Izara mengejutkan peminatnya apabila tampil berhijab secara sepenuhnya dan turut memadam gambar tidak menutup aurat di Instagram.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Disangka Ada Jenama Hijab Sendiri, Izara Aishah Tak Minat Nak Jual Tudung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo