Infotainment

Disarung Azizulhasni Dan Atlet Lain Di Olimpik, Netizen Mula Buru Kasut Bata Ini

Disarung Azizulhasni Dan Atlet Lain Di Olimpik, Netizen Mula Buru Kasut Bata Ini
Disarung Azizulhasni Dan Atlet Lain Di Olimpik, Netizen Mula Buru Kasut Bata Ini 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam berlangsungnya acara final keirin yang menyaksikakan Datuk Muhammad Azizulhasni bin Awang merangkul pingat perak buat negara untuk di Olimpik Tokyo 2020.

Selain pingat perak olimpik, kasut yang disarung oleh Azizulhasni ketika menaiki podium untuk menarik perhatian netizen. Daripada gambar yang dimuat naik oleh Majlis Sukan Negara di Instagram, kasut yang disarung oleh Azizulhasni adalah kasut jenama Power keluaran Bata yang dihasilkan khas untuk dipakai oleh atlet Malaysia di Olimpik Tokyo 2020.

Untuk pengetahuan anda, Bata merupakan penaja rasmi bagi kasut kulit serta sneakers untuk kontinjen Malaysia ke olimpik. Sneakers yang dipakai oleh para atlet ini juga merupakan rekaan baharu kasut Power. Gabungan warna jingga dan hitam menambahkan keunikan kasut ini, sepadan dengan track top yang dipakai oleh atlet. Logo Jalur Gemilang & Olympic Rings di bahagian lidah kasut menambahkan seri pada kasut ini.

Ramai sebenarnya yang berminat mendapatkan sneakers ini kerana mahu menggunakannya untuk bersukan serta menyimpannya sebagai koleksi. Kami menghubungi pihak Bata Malaysia bertanyakan sama ada sneakers ini akan dijual di pasaran atau pun tidak.

Jawapannya adalah tidak kerana ia dihasilkan khas untuk kegunaan kontinjen ke Olimpik Tokyo sahaja. Tetapi Bata Malaysia ada melancarkan peraduan untuk peluang memiliki kasut ini. Cuma peraduan tersebut sudah ditutup semalam.

Buat masa ini, adalah agak ‘mustahil’ untuk mendapat kasut ini selain daripada anda menjadi atlet olimpik atau menang peraduan.

Diharap sekiranya cukup permintaan daripada rakyat Malaysia, mungkin Bata Malaysia bertukar fikiran dan mengeluarkan koleksi replika khas model ini untuk dijual kepada umum.

Ini pula beberapa artikel berkaitan Bata. Baca lagi pada pautan di bawah.

Sandal Jenama ‘Bata’ Kembali Popular Kerana Tun Mahathir

Bata Hasilkan Kembali Model Kasut Yang Pernah Dipakai Kurt Cobain

Tawarkan Jualan Beli Satu Percuma Satu, Kasut Dan Beg Jenama Bata Berjaya Tarik Perhatian Ramai


Disarung Azizulhasni Dan Atlet Lain Di Olimpik, Netizen Mula Buru Kasut Bata Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo