Berita

Diskaun 40 peratus santai di Zoo Negara

Diskaun 40 peratus santai di Zoo Negara 1

Diskaun 40 peratus santai di Zoo Negara 2

Kuala Lumpur: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) menerusi agensinya Tourism Malaysia melancarkan Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia Santai di zoo bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengunjungi zoo di Malaysia di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE).

Kempen ini adalah program kerjasama dengan Zoo Negara, Zoo Melaka dan Zoo Taiping & Night Safari yang menawarkan potongan harga istimewa untuk tiket masuk.

Bermula dari 1 Januari lalu sehingga 31 Mac depan, Program Stimulus Cuti-Cuti Malaysia Santai di zoo ini adalah inisiatif kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi negara melalui pembabitan penggiat industri pelancongan.

Tourism Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 40 peratus diskaun diberikan bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak ke Zoo Negara.

Lebih 16,000 tiket ditawarkan bermula 1 Januari lalu dengan pembelian secara dalam talian melalui platform e-dagang Shopee.

Antara program lain yang ditawarkan oleh Zoo Negara termasuk Zoo Walk 2021, program sukarelawan zoo KeeperKu, pakej Cikgu Kancil untuk lawatan sekolah yang merangkumi 13 program pendidikan, program santai sambil bermalam di zoo iaitu Zoo Camp.

Program menguji minda dan mencari harta karun iaitu Zoo Hunt, Hari Bumi, Hari Kesedaran Orangutan, Karnival Hari Kanak-Kanak Sedunia, aktiviti memancing, pakej hari keluarga, pakej hari lahir dan sebagainya.

Selain itu, Zoo Melaka turut menawarkan diskaun 30 peratus bagi tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 20,000 pengunjung pertama yang melawat Zoo Melaka bermula 1 Januari 2021 dengan pembelian secara dalam talian di laman web Zoo Melaka.

Tarikan baru di sini termasuk Dinosaur Encounter & Animal Interaction dan Flying Monkey (zipline pertama di zoo). Zoo Melaka juga turut menawarkan pelbagai program berbentuk pendidikan seperti Zoolunteer, Zoo Troopers dan Zoomanji.

Tawaran istimewa ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Melalui kempen ini, jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan adalah lebih 70,000 tiket.

Sehubungan itu, Tourism Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia untuk merebut peluang ini sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati keunikan khazanah hidupan liar serta meneroka keindahan zoo-zoo di Malaysia.

Diskaun 40 peratus santai di Zoo Negara 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo