Infotainment

Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda ‘Terlalu Istimewa’ Buat Adibah Noor

Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda ‘Terlalu Istimewa’ Buat Adibah Noor
Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 1

Kini Trending

Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 2

Hari ini, pelantun suara ‘Terlalu Istimewa’ iaitu Adibah Noor berkongsi kepada semua bahawa setiap bait lirik lagu tersebut menggambarkan emosinya tatkala melihat gambar Nurul Huda binti Abdul Ghani di dada-dada akhbar pada tahun 2004. Ujar Adibah, entah mengapa dia asyik merenung lirik mata anak kecil yang tidak berdosa itu. Jiwa dan nuraninya terpahat rasa kasih meskipun, mereka berdua tidak mempunyai hubungan darah daging.

Bagi pembaca OhBulan! sudah pasti ada dalam kalangan korang yang sudah tahu siapa Nurul Huda dan apa yang telah berlaku terhadapnya. Buat mereka yang tidak tahu mengenai kisah Nurul Huda, jangan risau sebab kami akan kongsikan kronologi mengenai kisah Nurul Huda. Jom baca!

Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 4

Mungkin kisah ini dah lama luput daripada ingatan ramai orang. Tapi apa yang berlaku kepada adik Nurul Huda Abdul Ghani ini suatu perkara yang semua ibu bapa tidak mahu terjadi kepada anak mereka. Bayangkanlah, anak comel dan bijak ini pergi dengan sekelip mata macam itu sahaja selepas dirogol dan diliwat oleh orang yang tidak dikenali. Semasa kejadian ngeri ini berlaku, Nurul baru berusia 10 tahun. Anak kecil yang menetap di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor ini merupakan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku. Nurul memiliki karakter yang sangat periang, peramah dan pandai. Malah, dia dilantik sebagai pengawas di sekolah. Sebagai anak bongsu dalam keluarga, Nurul sangat disayangi oleh semua ahli keluarganya.

Pada suatu hari, Nurul tinggal bersama dua orang kakaknya di rumah selepas ibu bapa mereka keluar berniaga. Hari itu merupakan hari pertama Nurul kena tinggal bersama kakaknya. Pada waktu itu juga, kakak Nurul membuat cadangan untuk masak beberapa lauk buat kedua ibu bapa mereka. Namun, bahan seperti telur dan ikan telah habis dan tiada langsung di rumah. Oleh itu, Nurul mengambil keputusan untuk mengayuh basikal dan pergi ke kedai yang jaraknya hanya 500 meter daripada rumah untuk membeli bahan tersebut.

Menurut kakak Nurul, dia memberi kebenaran pada masa itu kerana jarak rumah dengan kedai tidak jauh dan ianya di dalam kawasan kampung yang sama. Ujar kakak Nurul lagi, adiknya itu keluar rumah pada pukul 9.30 pagi. Sebagai kakak, mereka berasa tidak sedap hati apabila Nurul tidak pulang ke rumah setelah setengah jam berlalu. Perasaan tersebut telah mendorong kakaknya untuk keluar dari rumah dan mencari adik mereka di seluruh kawasan kampung. Mereka turut meminta pertolongan daripada jiran. Pada pukul 12.45 tengah hari, abang sulung Nurul iaitu Amer mengambil keputusan untuk melaporkan kehilangan adiknya di Balai Polis Tanjung Kupang. Amer dipercayai menaiki motosikal pada masa tersebut untuk ke balai polis.

Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 6

Sekadar gambar hiasan

Selepas laporan polis dibuat, pihak polis telah melakukan rondaan di sekitar kawasan kampung. Amer dan dua orang anggota polis telah berhenti di satu Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ada di antara rumah mereka dengan kedai. Stesen janakuasa itu sebenarnya baru sahaja dibina dan apabila pihak polis bertanya kepada pengawal keselamatan di situ sama ada mereka nampak Nurul atau tidak, pengawal tersebut tiba-tiba buat perangai dan tidak mahu memberi sebarang kerjasama.

Perangai pelik pengawal tersebut membuatkan Amer dan pihak polis berasa curiga. Amer dipercayai memanjat stesen tersebut dengan dua orang anggota polis. Tindakan suspek yang dikenali sebagai Mohd Abbas yang naik angin dan hendak melibas polis dengan sebilah parang menjadikan situasi di situ sangat tegang. Mujur, pihak polis berjaya menghalang Abbas. Sebaik sahaja berjaya masuk ke dalam stesen berkenaan, Amer terkejut melihat adiknya tersandar lemah di dalam sebuah tandas. Nurul pada waktu itu tidak berpakaian dan berada dalam keadaan mencangkung. Lebih teruk, kedua-dua tangan telah diikat ke dagu dan mulutnya pula disumbat dengan kain. Jelas Amer, adiknya sangat lemah dan tidak boleh bersuara langsung. Sebagai abang, perasaannya sangat remuk dan tidak menyangka ada juga manusia seperti ‘binatang’ di dalam dunia ini.

Amer bertindak pantas dan mengangkat adiknya keluar dari kawasan tersebut. Nurul telah dibawa ke Klinik Kesihatan Gelang Patah, Johor bagi menerima rawatan. Namun apakan daya, pihak klinik mengesahkan Nurul lambat menerima rawatan dan sudah meninggal dunia. Badannya sangat lemah dan hasil pemeriksaan mendapati dia dirogol dan diliwat berkali-kali. Amer mengaku adiknya sudah nyawa-nyawa ikan semasa mereka membawanya dalam perjalanan ke klinik. Mata Nurul pun separuh terbuka dan lidahnya kelihatan lebam.

Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 8

Untuk kes Nurul, pihak polis mendapati ada tiga orang suspek yang terlibat. Ketiga-tiga suspek merupakan pengawal keselamatan yang bekerja di stesen janakuasa tersebut. Menurut laporan wartawan semasa, salah seorang pengawal yang terlibat ialah Abbas. Abbas seorang lelaki berusia 45 tahun dan berasal dari Kelantan. Sebelum ni, dia mempunyai rekod jenayah yang melibatkan kes samun dekat Jinjang, Skudai, Sungai Way dan Pasir Gudang. Lagi pelik, Abbas ini baru sahaja enam bulan bekerja di situ sebagai pengawal keselamatan. Rata-rata rakan media turut mempertikai kenapa syarikat janakuasa tersebut boleh mengambil pekerja tambahan seperti Abbas.

Ketika disoal siasat, Abbas turut menamakan lagi dua orang kawannya yang terlibat dalam kes ni. Salah seorang suspek baru berusia 27 tahun. Kedua-dua suspek tersebut dikenali sebagai  ‘Jojo’ dan ‘Ngengel’. Bercerita lanjut mengenai kes Nurul, Abbas mengaku bersalah merogol dan meliwat anak kecil itu sampai mati pada 17 Januari 2004. Lebih mencuri perhatian, Abbas terlepas hukuman gantung sampai mati. Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan 24 sebatan. Menurut laporan wartawan semasa juga, Abbas terlepas daripada hukuman sebatan semasa tahun 2008. Ini kerana, dia sudah berumur 52 tahun. Abbas dikatakan terlalu tua untuk menjalani hukuman itu. Mengenai Jojo dan Ngengel pula, kedua-dua mereka dibebaskan sebegitu sahaja kerana bukti tidak mencukupi dan tempoh tahan reman juga telah habis.

Berita kematian Nurul ini mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya tidak berpuas hati sebaik sahaja mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadap Abbas dan rakan-rakannya. Lebih malang, gambar-gambar crime scene semua tidak dapat dikeluarkan sebab kamera yang digunakan oleh jurugambar tidak berfungsi. Menurut L/Kpl Palansamy selaku jurugambar pada hari itu, dia guna sekurang-kurangnya tiga gulung filem dan ambil 60 keping gambar. Tapi bila cuci, negatif yang keluar kosong.

Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 10

Sejak pihak mahkamah tarik balik hukuman mati terhadap Abbas, bapa Nurul Huda dikatakan bergantung hidup dengan pil penenang. Ujar kakak Nurul Huda, ibunya tak pernah menangis sepanjang menguruskan jenazah Nurul. Tapi selepas semuanya selesai, baru ibunya melepaskan apa yang terpendam di hati. Kakak kepada Nurul turut memberitahu bahawa ibunya akan menangis sepuas hati dan sering melawat kubur Nurul. Mengulas mengenai suasana di rumah selepas kejadiaan itu berlaku, kakak nurul memberitahu rumah mereka sangatlah sunyi. Setiap bilik akan berkunci dan mereka sering membaca Al-Quran bersama. Tiada sebarang gambar keluarga yang digantung di dalam rumah. Lebih-lebih lagi, gambar arwah.

Sumber: Wartawan Semasa


Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 12

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.


Ditemui Maut Dalam Keadaan Menyayat Hati, Kisah Pilu Nurul Huda 'Terlalu Istimewa' Buat Adibah Noor 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo