Infotainment

Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki ‘Terbakar’ Di Bangunan Panggung Wayang Lama

Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki ‘Terbakar’ Di Bangunan Panggung Wayang Lama
Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki 'Terbakar' Di Bangunan Panggung Wayang Lama 1

Kini Trending

Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki 'Terbakar' Di Bangunan Panggung Wayang Lama 2

Di Alor Setar, Kedah, seorang lelaki dijumpai dengan kesan tetakan di tangan dan muka serta mayatnya dibakar di Jalan Simpang Kuala, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja menerima panggilan berhubung kebakaran di bangunan panggung wayang lama di lokasi tersebut.

Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki 'Terbakar' Di Bangunan Panggung Wayang Lama 4

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Datuk G Suresh Kumar, anggota bomba yang melakukan operasi memadam kemudian menemukan mayat seorang lelaki di bawah sofa dan tilam yang terbakar. Tambahnya, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian kemudian mendapati terdapat mayat lelaki tanpa identiti berusia lewat 40-an di dalam bilik tingkat atas bangunan terbabit.

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan tetakan di tangan dan muka mayat yang dipercayai dibunuh. Kita juga mendapati terdapat sofa di atas mayat dan tilam yang dibakar bertujuan memastikan mangsa mati.

Susulan kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang berada sekitar lokasi pada jam 9.15 pagi bagi membantu siasatan.

Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki 'Terbakar' Di Bangunan Panggung Wayang Lama 6

Tambah Suresh, siasatan di lokasi turut menjumpai pisau di bahagian bawah bangunan panggung wayang lama berkenaan.

Anggota polis mengesan suspek yang berada sekitar bangunan dan semakan mendapati dia mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah sebelum ini. Kita percaya kejadian ini mungkin membabitkan lebih seorang suspek, tetapi ia tidak membabitkan kumpulan samseng atau sebagainya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi pemeriksaan lanjut. Difahamkan, panggung wayang lama terbabit menjadi tempat gelandangan berehat dan tidur pada waktu malam berikutan ia dibiarkan pemiliknya sejak sekian lama.

Sumber: Harian Metro


Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki 'Terbakar' Di Bangunan Panggung Wayang Lama 8

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.


Ditetak Di Bahagian Tangan & Muka, Polis Jumpa Mayat Lelaki 'Terbakar' Di Bangunan Panggung Wayang Lama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo