Infotainment

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 2

Kini Trending

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 3

Foto: Lembaga Zakat Selangor

Tidak dapat ditafsirkan apa yang difikirkan oleh seorang anak, apabila dia sanggup meninggalkan ibunya bersendirian di tepi jalan. Kisah menyayat hati ini, dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor menerusi satu status di laman Facebook.

Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen sebak, melihat keadaan warga emas itu yang sudah uzur yang sepatutnya diberikan penjagaan yang khusus daripada anak-anaknya.

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 4

Foto: Lembaga Zakat Selangor

Kisahnya bermula, apabila orang awam terjumpa seorang wanita warga emas berkerusi roda yang ditinggalkan secara berseorangan di tepi jalan. Bukan itu sahaja, warga emas itu turut dibekalkan dengan lampin pakai buang dan beg pakaian yang memberi tanda sudah ‘dibuang’ oleh keluarganya.

Susulan daripada itu, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor serta Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat, tampil menghulurkan bantuan kepada warga emas ini.

Hasil siasatan mendapati dia merupakan asnaf fakir kami dan masih mempunyai keluarga. Usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan.

Walau bagaimanapun, warga emas itu turut menghidapi beberapa masalah kesihatan seperti kaki kudung dan mengalami masalah ingatan. Susulan daripada itu, warga emas itu telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Pihak polis menggunakan bidang kuasa mereka dengan menghubungi anaknya serta akan menjalankan sesi rundingan mengikut kepakaran mereka. Anaknya bersetuju akan hadir ke balai polis untuk mengambil ibu ini kembali.

Namun, sekitar jam 3 pagi, anaknya membuat keputusan tidak boleh menjaga ibunya lagi dan pihak polis terpaksa menghubungi pusat jagaan warga emas yang datang menaiki ambulans untuk membawa ibu ini ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan dan saringan Covid-19.

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 5

Foto: Lembaga Zakat Selangor

Walaupun, diperlakukan sedemikian oleh anaknya, warga emas ini masih kuat berdepan dengan dugaan tersebut dan masih boleh mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Dah lama acik tak jumpa anak, anak acik baik orangnya.

Kini, warga emas ini telah diserahkan kepada Pusat Jagaan Warga Emas yang akan ditanggung oleh pihak Zakat Selangor. Pada masa yang sama, anak-anak kepada warga emas ini juga bersetuju supaya ibu mereka ditempatkan di situ bagi mendapatkan penjagaan yang lebih baik.

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 6

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 7

Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 8

Sumber: Lembaga Zakat Selangor 


Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 9



Ditinggalkan Bersendirian Sejuk Di Tepi Jalan, Siap Sekali Lampin Pakai Buang & Beg Baju 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo