Infotainment

Dituduh Demand, Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Untuk Bantu Orang Susah

Dituduh Demand, Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Untuk Bantu Orang Susah 1

Dituduh Demand, Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Untuk Bantu Orang Susah 2

Ditawarkan berlakon dalam satu drama bersiri namun ditarik balik berikutan sejumlah bayaran yang dimintanya agak tinggi, menerusi perkongsian di Instagram pelakon Datuk Adi Putra meluahkan rasa terkilan dan kesal.

Adi berkata dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia meletakkan harga sedemikian. Pelakon berusia 39 tahun itu berkata niatnya hanya ingin menggunakan wang tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan.

BACA: Adi Putra Jadi Rakyat Malaysia Untuk Undi BN?

Dituduh Demand, Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Untuk Bantu Orang Susah 3

“Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai…lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begitu? Kerana niat saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya.

“Mungkin bukan rezeki mereka yang saya nak bantu, sebab pihak berkenaan tak memahami saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Adi berkata tiada salahnya untuk dia meletakkan harga tinggi kerana yakin mampu memberikan hasil kerja yang baik. Namun, dia redha jika sudah tertulis bukan rezekinya.

“Tapi tak salahkan letak gaji tinggi kerana mampu memberi kualiti. Ada pihak yang faham ada yang tidak. InsyaAllah ada rezeki tak kemana. Rezeki ini bukan untuk saya. Ini rezeki rakyat.

“Saya bukan bercakap pasal bayaran, ini untuk orang yang memerlukan. Siapa yang komen negatif sebelum ini semoga Allah memberkati dan merahmati anda,” katanya.



Dituduh Demand, Adi Putra Letak Bayaran Tinggi Untuk Bantu Orang Susah 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo