Artikel Terkini

DIY Pintu Kabinet Tak Pakai Penebuk Lubang Pun, Gam Je

DIY Pintu Kabinet Tak Pakai Penebuk Lubang Pun, Gam Je
DIY Pintu Kabinet Tak Pakai Penebuk Lubang Pun, Gam Je 1

Ramai lebih gemar memilih permukaan dan struktur kabinet dapur yang diperbuat daripada konkrit. Almaklumlah, gaya masakan orang Melayu memang “complecated” tak berdentam dentum, memang tak sah.

Tapi ramai juga yang hanya terhenti pembinaan kabinet dapur hanya pada bahagian struktur dan table top nya sahaja tanpa pintu. Barang kali, bajet tak cukup atau memang nak buat macam tu je.

Mula lah nampak tak kemas bila dah ada barang di bagian simpanan. Sebab tu, ada yang memilih untuk mengenakan langsir sebagai penutup. Apa kata, tiru cara Puan Ema ni. DIY pintu kabinet

DIY pintu bawah table top tanpa guna drill

Di sini saya share cara dan barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu ada yang nak cuba.

1. Ini keadaan dapur sebelum.

2. Saya pasang wallpaper bahagian atas. Dekat bawah table top tu dah siap pasang rail. Tak perlu drill. Guna gam saja.

3. Ini barang yang saya guna. Gam saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Gam kena tunggu satu hari baru kering dan kuat.

4. Ini rail yang saya gunakan, untuk letak roda. Rail dengan roda beli di Shopee. (klik SINI untuk link). Roda muat -muat untuk plywood tebal 5mm.

5. Papan plywood yang dah siap ditampal guna wallpaper, ini bukan wallpaper biasa tampal pada dinding tu ya. Plywood saya order kat Shopee, ukur siap-siap dan minta seller potong ikut ukuran yang diberi. Klik SINI untuk link.

6. Siap rail dan gam roller pada plywood bolehlah pasang bawah table top.

7. Letak pemegang pintu untuk mudah buka dan tutup (tampal saja). Inilah hasilnya.

Selamat mencuba.

Sumber: Puan Ema

DIY Pintu Kabinet Tak Pakai Penebuk Lubang Pun, Gam Je 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo