Artikel Terkini

DJ Fuzz, Waris dedikasikan lagu buat Keluarga Malaysia

DJ Fuzz, Waris dedikasikan lagu buat Keluarga Malaysia
DJ Fuzz, Waris dedikasikan lagu buat Keluarga Malaysia 1

PETALING JAYA – Meraikan kehangatan musim Pilihan Raya Ke-15 (PRU15), komposer DJ Fuzz dan penyanyi rap terkenal, Waris bergabung kreativiti menghasilkan sebuah lagu berjudul Ini Negara Kita, Keluarga Kita.

Meneliti bait-bait lirik lagu berkenaan, DJ Fuzz yang juga anak kepada penyampai berita RTM, Farith Ismeth Amir berkata, lagu tersebut diilhamkan berdasarkan semangat patriotik dalam kalangan pemimpin dan rakyat khususnya kepada Keluarga Malaysia.

Dia bagaimanapun menepis dakwaan lagu tersebut dihasilkan untuk menyokong tampuk pimpinan yang ketika ini masih diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Lagu ini saya hasilkan bersama Waris, bukan idea sesiapa atau pun mengambil cetusan untuk melobi, membodek atau mengampu pucuk pimpinan negara.

“Paling utama, pendengar perlu memghayati setiap intipati dan isi kandungan lagu ini yang bukan dicipta untuk mana-mana parti politik. Boleh tonton video ini dalam YouTube,” katanya.

Dalam pada itu, dia menjelaskan penghasilan lagu tersebut menjadikan kerjasamanya yang ke-100 dengan pelantun lagu Rembau Most Wanted berkenaan.

Menurutnya lagi, gabungannya dengan Waris untuk lagu Ini Negara Kita, Keluarga Kita merupakan berkolaborasi pertama bagi penghasilan lagu patriotik.

“Sebenarnya saya sudah hilang perkiraaan berapa kali sudah bekerjasama dengan Waris. Rasa-rasanya lebih 100 kali.

“Kami mula bekerjasama sejak tahun 2012. Saya akui how are you? Waris sangat kreatif dan berbakat besar. Saya senang bekerjasama dengannya,” katanya lagi.

Pemilik nama penuh, Farzwa De Attahar Emir itu mengkelaskan karyanya dengan Waris itu bergenre pop.

“Lagu bersifat universal. Begitu juga dengan lagu ini. Ia sebenarnya lebih condong kepada motivasi yang boleh menyemarakkan semangat pendengar mahupun rakyat.

“Dalam kesibukan kita ‘’bergaduh’ dek pilihan raya, saya cuma mahu ingatkan bahawa kita semua sebenarnya berada di dalam satu keluarga besar.

“Pada hemat saya, Keluarga Malaysia bukan sekadar satu gagasan Kerajaan, tetapi ia adalah satu gaya hidup. Keluarga Malaysia sudah melepasi batas sempadan ideologi politik. Ia bukan hak milik mana-mana parti politik,” katanya.

Kata DJ Fuzz, sambil memberi contoh, semasa Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Sembilan, DSIS hadir bersama Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun walaupun mereka daripada parti yang berbeza.

“Sekarang kita berbalah disebabkan perbezaan fahaman politik. Namun hakikatnya, kita semua berteduh dan mencari rezeki di bawah satu bumbung, Malaysia.

“Jangan lupa perkara itu. Semoga semangat Keluarga Malaysia dapat membawa kita keluar daripada kemelut kesihatan, ekonomi dan politik. Saya harap lagu ini dapat sambutan disambut baik oleh semua. Selamat mengundi!” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


DJ Fuzz, Waris dedikasikan lagu buat Keluarga Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo