Infotainment

Doktor Guna Gerudi Elektrik Keluarkan Bebola Dari Dalam Dubur, Pesakit Cakap Nak Rawat Buasir

Doktor Guna Gerudi Elektrik Keluarkan Bebola Dari Dalam Dubur, Pesakit Cakap Nak Rawat Buasir
Doktor Guna Gerudi Elektrik Keluarkan Bebola Dari Dalam Dubur, Pesakit Cakap Nak Rawat Buasir 1

Doktor Guna Gerudi Elektrik Keluarkan Bebola Dari Dalam Dubur, Pesakit Cakap Nak Rawat Buasir

Seorang lelaki warga emas di London, England dikejarkan ke hospital selepas sebuah bebola pembersih permaidani tersekat di dalam lubang duburnya, memaksa doktor menggunakan gerudi elektrik bagi mengeluarkan objek tersebut.

Masukkan bola untuk rawat buasir

Doktor Guna Gerudi Elektrik Keluarkan Bebola Dari Dalam Dubur, Pesakit Cakap Nak Rawat Buasir 3

Foto: Jam Press

Memetik laporan Daily Star, lelaki Britain berusia 51 tahun itu dibawa ke hospital selepas gagal mengeluarkan bebola berdiameter antara 7 hingga 8 sentimeter itu dengan sendiri. Dia dan isteri telah cuba untuk mengeluarkan bebola itu dengan menggunakan pemutar skru dan sudu.

Mangsa dan isterinya memberitahu doktor bahawa bebola tersebut dimasukkan ke dalam lubang duburnya dua hari sebelum, bagi merawat masalah buasir. Namun, doktor gagal menemukan sebarang bukti bahawa warga emas itu menghidap penyakit buasir.

Disebabkan dimensi bebola itu yang lebih lebar berbanding bukaan pelvik lelaki tersebut, proses mengeluarkannya menjadi amat sukar. Percubaan pertama dan kedua dilakukan dengan membuka lapisan dinding perut selapis demi selapis untuk menolak bebola turun ke bawah menerusi rektum, namun gagal.

Akhirnya, doktor tidak mempunyai pilihan lain selain memotong bebola itu sebelum mengeluarkannya. Perkara itu dilakukan dengan menggunakan gerudi elektrik bagi memotong bebola itu kepada tiga bahagian, dan pembedahan selama tujuh jam itu berjaya.

Pesakit berkenaan menyuarakan rasa kesal dan tidak akan mengulangi perbuatannya.

Sumber: Daily Star

Doktor Guna Gerudi Elektrik Keluarkan Bebola Dari Dalam Dubur, Pesakit Cakap Nak Rawat Buasir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list