Infotainment

Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC, Pesan Kaum Wanita Untuk Lebih Hati-Hati!

Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC, Pesan Kaum Wanita Untuk Lebih Hati-Hati!
Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC, Pesan Kaum Wanita Untuk Lebih Hati-Hati! 1

Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC, Pesan Kaum Wanita Untuk Lebih Hati-Hati!

Baru-baru ini, wakil dari kumpulan pop terkenal Malaysia iaitu Dolla, mendedahkan pengalaman mereka berdepan dengan tiga orang lelaki misteri selepas selesai sesi latihan menari.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Skirt Pendek & Tayang Pusat, Sabronzo Dolla Kena Perli Dengan Netizen

Dakwa diri polis, minta IC

Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC, Pesan Kaum Wanita Untuk Lebih Hati-Hati! 3

Perkongsian yang dimuat naik di media sosial rasmi kumpulan yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan juga Syasya itu mendapat perhatian ramai.

Menurut Dolla, mereka diganggu oleh tiga lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis sewaktu menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah.

Tiga orang lelaki menaiki kereta Proton berwarna merah, memperlahankan kereta dan menurunkan cermin kereta sebelum merenung kami sehingga membuatkan kami tidak selesa.

Kena tengking bila ditanya

Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC, Pesan Kaum Wanita Untuk Lebih Hati-Hati! 4

Bukan itu saja, ketiga-tiga mereka juga melakukan provokasi dengan bertanya pelbagai soalan sebelum meminta Dolla untuk menyerahkan kad pengenalan (IC) dan mengambil gambar tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Malah, Dolla mendakwa ditengking apabila ditanya sebab perlu menyerahkan IC namun tidak ada sebarang penjelasan kenapa mereka menyoal.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki tersebut terus berlalu pergi selepas ada sebuah kereta yang berhenti tidak jauh dari situ.

Dalam kenyataan sama, Dolla menegaskan bahawa mereka berasa takut kerana tidak tahu sama ada ianya benar ataupun ‘scam’ selain meminta agar orang ramai untuk berhati-hati terutama golongan wanita.

Sumber: Twitter @dollaofficialMY


Dolla Diganggu Tiga Lelaki Misteri Siap Minta IC, Pesan Kaum Wanita Untuk Lebih Hati-Hati! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo