Berita

Dorong semua pihal ambil tanggungjawab

Dorong semua pihal ambil tanggungjawab 2

Kuala Lumpur: Seiring dengan pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati, slogan Lebih Baik Cegah dipilih menjadi tema Hari Antidadah Kebangsaan ke-38.

Tema itu juga dipilih bagi mendorong semua pihak mengambil tanggungjawab dan tindakan awal bagi menangani permasalahan dadah yang membelenggu masyarakat di negara ini.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata, dengan melakukan penyelesaian terhadap penyalahgunaan dadah di peringkat awal, masalah membabitkan golongan remaja dan belia ini dapat diatasi sebaiknya.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu dan ingin mengelak masalah berkenaan diselesaikan di pusat pemulihan kerajaan atau swasta kerana perkara itu memberi satu stigma tidak baik kepada individu terbabit.

“Jika ia boleh dikesan pada peringkat awal, kita percaya kes penyalahgunaan dadah ini akan dapat dikurangkan pada masa akan datang.

“Oleh itu, kita cuba menarik perhatian institusi keluarga untuk sama-sama membantu kerana pencegahan ini perlu bermula dari rumah dengan memberi lebih tumpuan kepada keluarga.

“Ibu bapa juga boleh didik anak mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan kenapa ia perlu dielakkan,” katanya.

Sutekno juga mengesyorkan ibu bapa memanfaatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ini dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama, sekali gus dapat mengelak anak terbabit serta diperguna pihak tidak bertanggungjawab.

“Kini terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan perkembangan teknologi dengan menjual dadah dan peralatan untuk menggunakan dadah di platform media sosial dan aplikasi beli-belah.

“Jadi, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti dalam talian anak supaya mereka tidak terjerat dan terjebak dengan penyalahgunaan dadah,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kolaboratif secara bersepadu daripada pelbagai pihak perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan berkenaan di peringkat awal.

Katanya, golongan remaja dan belia adalah modal insan yang akan mengemudi negara pada masa hadapan.

Oleh itu, katanya, mereka perlu dilengkapkan dengan jati diri yang kukuh supaya dapat menghindari permasalahan sosial termasuk penyalahgunaan dadah.

“Umum mengetahui permasalahan dadah adalah manifestasi permasalahan sosial yang lain seperti kerapuhan institusi rumah tangga, tahap pendidikan yang rendah, jenayah jalanan serta kemiskinan.

“Oleh yang demikian, faktor pelindung seperti pendidikan pencegahan dadah perlu dipertingkatkan manakala faktor risiko pula perlu dikurangkan,” katanya.

Walaupun tema pada tahun ini menumpukan kepada aktiviti pencegahan, Sutekno berkata, rawatan dan pemulihan terhadap mereka yang menyalahgunakan dadah tetap diteruskan.

“Kita di AADK menyeru kepada semua yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah untuk mendapatkan rawatan dan menjalani pemulihan secara sukarela sama ada di fasiliti yang disediakan oleh kerajaan ataupun swasta.

“Selain itu, operasi penangkapan dan penahanan juga akan diteruskan supaya kumpulan ini dapat dirawat dan dipulihkan sewajarnya,” katanya.

Sutekno berkata, AADK juga akan meneruskan sasaran Dadah Terkawal 2025 dengan menetapkan pelan strategi lima tahun untuk mencapai sasaran itu.

“Oleh itu, semua ahli masyarakat termasuk jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan dan ahli komuniti akan digerakkan dalam mengawal penularan penagihan dadah menjelang tahun 2025.

“Usaha ini juga akan dilaksanakan berdasarkan model yang dikenal pasti semasa pelaksanaan Projek Inisiatif Bersepadu Menangani Permasalahan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial pada tahun 2020,” katanya.

Dorong semua pihal ambil tanggungjawab 3

Sedia program menarik sempena HADK

Kuala Lumpur: Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) yang ditetapkan pada 19 Februari setiap tahun sejak 1983 bertujuan mengingati rakyat Malaysia mengenai usaha dan peranan digalas dalam menangani permasalahan dadah dalam negara.

Justeru, bagi menambahkan kemeriahan sambutan HADK ke-38 ini, pelbagai aktiviti menarik disusun yang boleh disertai semua lapisan masyarakat walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19 ini.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata, fokus utama sambutan HADK tahun ini ialah golongan remaja dan belia.

“Antara program dianjurkan termasuklah Program Solidariti Anak Muda Bebas Dadah yang menyediakan platform kepada golongan remaja dan belia di seluruh negara untuk menyatakan pendirian mereka dalam menolak daripada terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

“Kita juga menganjurkan pertandingan mencipta lagu, video dan perisian aplikasi dengan mesej antidadah dan berharap dengan penganjuran pertandingan sebegini, golongan ini dapat mengisi masa lapang dengan perkara bermanfaat seterusnya menghindarkan diri terbabit dengan sebarang permasalahan sosial termasuk penyalahgunaan dadah,” katanya.

Bagi meraih sokongan dan memperingati masyarakat mengenai usaha menangani permasalahan dadah pula kata Sutekno, AADK menganjurkan program Virtual Run Against Drugs dan White Challenge.

“Acara larian dan solidariti masyarakat ini dapat mengukur tahap sokongan masyarakat terhadap kempen kesedaran antidadah AADK. Sukacita dimaklumkan bahawa kita menerima penyertaan yang menggalakkan dari pelbagai pihak bagi penganjuran kali ini.

“Kita juga menganjurkan program berbentuk keagamaan seperti forum Santai Nurani dan penyampaian mesej kesedaran antidadah melalui teks Khutbah Solat Jumaat yang dijadualkan dibaca secara serentak di masjid seluruh negara hari ini,” katanya.

Peratusan kadar penagih dadah pada tahun lalu menurun

Peratusan kadar penagih dadah dikesan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menurun sebanyak 21 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun 2019.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata, penurunan itu berpunca daripada beberapa faktor antaranya operasi mengesan penagih dadah dihadkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari hingga Mac 2020.

Beliau berkata, ia diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada bulan berikutnya menyebabkan agensi itu mengehadkan operasi.

“Agensi Penguatkuasaan lebih menumpukan kepada usaha memutuskan rantaian Covid-19. Operasi hanya diadakan berdasarkan aduan orang awam atau ahli keluarga dan penurunan data penagih dadah adalah disebabkan operasi bersepadu tidak dijalankan dan hanya bertindak atas aduan orang awam atau ahli keluarga pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 memaksa AADK mengubah beberapa program dan kaedah pelaksanaannya.

“Kita perlu lebih kreatif memastikan perkhidmatan dapat disampaikan tanpa melanggar SOP ditetapkan.

“Taktik licik pengedaran, kepelbagaian peralatan penagihan dadah dan juga kemunculan dadah baharu juga memaksa pihak berkuasa melakukan penambahbaikan terhadap perkhidmatan disediakan seiring dengan perkembangan dan cabaran semasa,” katanya.

Menurutnya, selain modul Pendidikan Pencegahan dan Rawatan, Perubatan dan Pemulihan yang dikemaskini pada penghujung tahun 2020, AADK juga menggunakan secara meluas sistem teknologi maklumat serta pelbagai platform media baharu bagi menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Kempen kesedaran yang dahulunya dilakukan secara bersemuka, kini dilakukan secara maya melalui aplikasi perbincangan secara atas talian dan juga media sosial.

“Informasi berkaitan dadah seperti jenis dadah dan kesan bahayanya disebarkan sama ada dalam bentuk penulisan artikel, infografik, rakaman video dan secara siaran langsung,” katanya.

Sutekno berkata, penerimaan aduan dan sesi kaunseling (Talian Hello AADK) juga dilakukan secara atas talian melalui Pusat Gerakan Hotline AADK.

Pelanggan katanya, terdiri daripada klien (penyalahguna dadah), keluarga klien, majikan, rakan dan orang awam boleh menghubungi secara menelefon atau melalui aplikasi WhatsApp di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Katanya lagi, program di 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) juga dilaksanakan mengikut 16 SOP Pencegahan Penularan Wabak Covid-19 yang ditetapkan.

“Kemasukan klien yang mendapatkan rawatan di fasiliti AADK juga melalui proses saringan Covid-19 sejak daripada proses tangkapan dan penahanan yang dilakukan,” katanya.

AADK melalui kerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia juga melantik Ikon Antidadah dalam kalangan artis dan selebriti bagi bersama-sama membantu menyampaikan mesej antidadah kepada masyarakat.

Antara artis dilantik adalah Izzmad Harun, Keena Mentor, Hafiz Nafiah, Elisya Sandha, Aiman Tino dan Kumpulan Floor 88. Sementara itu, Datuk Aznil Nawawi pula dilantik sebagai Champion AADK.

Selain melalui medium media sosial rasmi AADK, mereka juga aktif mempromosikan amalan gaya hidup sihat tanpa penyalahgunaan dadah di platform media sosial masing-masing.

INFOGRAFIK
INFOGRAFIK

Dorong semua pihal ambil tanggungjawab 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo