Infotainment

Dron Buatan Turki Menjadi Terminator Pertama Membunuh Manusia Secara Kendiri Di Libya

Dron Buatan Turki Menjadi Terminator Pertama Membunuh Manusia Secara Kendiri Di Libya 2

Adakah dron yang digunakan oleh tentera sekarang memenuhi etika peperangan? Ini ialah soalan yang perlu dijawab selepas laporan dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menemui bukti sebuah dron yang digunakan di Libya telah menyerang sasaran secara kendiri tanpa arahan diberikan oleh manusia.

Dalam insiden yang berlaku Mac 2020, sebuah dron STM Kargu-2 milik Tentera Kerajaan Libya dipercayai telah menyerang konvoi Tentera Kebangsaan Libya tanpa arahan diberikan. Dron dari jenis kuad-kipas ini mempunyai kecerdasan buatan untuk mencari sasaran secara kendiri sebelum menyerangnya.

Serangan kamikaze ini dipercayai mengakibatkan kematian tetapi jumlahnya masih belum diketahui. Jika benar kematian berlaku ia adalah insiden pertama sebuah dron melakukan serangan berani mati secara kendiri ke atas manusia sekaligus menjadikannya seakan sebuah Terminator.

Kami pernah melaporkan mengenai Kargu-2 buatan Turki ini tahun lalu. Ia boleh terbang selama 30 minit dengan kelajuan maksimum 144 km/j.Ia berbahaya kerana setiap satunya membawa senjata dari jenis Claymore yang memang direka untuk menyerang infantri dengan ledakan menaburkan ratusan bebola besi. Lebih menakutkan menerusi Projek KERKES, sehingga 20 Kargu-2 boleh diarahkan terbang secara berkumpulan untuk melakukan serangan berani mati yang hampir mustahil untuk dipatahkan.

Dron Buatan Turki Menjadi Terminator Pertama Membunuh Manusia Secara Kendiri Di Libya 5

Dalam konflik Nagorno-Karabakh tahun lalu, dron buatan Turki yang digunakan Azerbajian untuk memusnahkan ratusan kenderaan perisai infantri, senjata anti kapal terbang, pelancar roket, radar dan kereta kebal milik Armenia. Senjata era Soviet yang digunakan Armenia tidak mampu menangkis serangan dron yang lebih kecil sehingga sukar dikesan sistem pertahanan konvensional. Ia mengukuhkan lagi teori bahawa dron akan mengubah landskap peperangan masa hadapan.

Kemampuan dron menyerang secara berkumpulan memaksa sistem seperti Epirus Leonidas dibangunkan oleh Amerika Syarikat.Dalam ujian di lapangan. Leonidas berjaya mematahkan serangan sekumpulan 66 dron menggunakan gelombang mikro yang membakar sistem elektronik sebelum ia memasuki ruang yang dipertahankan.

Sumber New Scientist

Dron Buatan Turki Menjadi Terminator Pertama Membunuh Manusia Secara Kendiri Di Libya 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo