Infotainment

Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa

Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 1

Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 2

Seakan mengejutkan ramai pihak apabila dua lagunya iaitu Sembah bersama Man Keedal hasil ciptaannya sendiri bersama Iqie Hugh dan Adakah Kau Menungguku bersama Tuju karya Naim, Adib Hamdi dan Tuju gagal tersenarai sebagai 12 lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), penyanyi Naim Daniel tetap menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan ketika berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) tempoh hari.

Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 3

Menerusi laman Instagram, Naim tampil memuat naik sebuah video sedang mengelap trofi juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang dimenanginya tahun lalu untuk tatapan umum.

“Terima kasih semuanya, tahniah kepada finalis, moga Allah bersama kalian selalu! Assalamualaikum.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seolah kecewa apabila dua karyanya tidak terpilih oleh barisan juri yang diketuai oleh komposer Azmeer.

Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 4

Bahkan, wujud juga segelintir pihak yang tampil memberikan kata-kata semangat buat Naim agar tidak bersedih dan terus menghasilkan karya-karya yang lebih baik kelak.

Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 5Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 6

Terdahulu, saringan terakhir yang diadakan pada malam tadi menyaksikan 12 lagu layak ke AJL35 antaranya Semalam nyanyian Aina Abdul, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Hutang (Floor 88), Eh (Zizi Kirana) dan banyak lagi.

Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 7

Menurut laporan Gempak, AJL35 dijadualkan akan berlangsung secara di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 Februari 2021.

Sumber: Gempak



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke AJL35, Netizen Zahir Rasa Kecewa 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo