Artikel Terkini

Dua lelaki ditahan terlibat kes gaduh curi burung

Dua lelaki ditahan terlibat kes gaduh curi burung
Dua lelaki ditahan terlibat kes gaduh curi burung 1

KOTA BHARU – Dua lelaki dicekup selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan yang berpunca daripada kes kecurian burung di Kampung Pantai Kundor di sini semalam.

Dua lelaki terbabit yang berusia 38 dan 44 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan berkenaan kes tersebut kira-kira pukul 8.33 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komsioner Mohd. Rosdi Daud berkata, sebelum tangkapan dibuat, tular video berdurasi 24 saat menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan pergaduhan sekumpulan individu kira-kira pukul 8 malam semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu.

“Polis telah mengenal pasti suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu. Setakat ini, dua lelaki sudah ditahan untuk menbantu siasatan.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan boleh menghubungi Asisten Superintendan Mohd. Ridhuan Ismail menerusi talian 019-245 4124 atau 09-775 2200.

Difahamkan, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan kedua-dua suspek yang cuba mencuri burung berharga milik penduduk kampung tersebut.

Bagaimanapun, jenis burung itu masih belum dapat disahkan.

Terdahulu, tular di media sosial video pergaduhan sekumpulan lelaki menyerang dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva di Kampung Pantai Kundor di sini. – KOSMO! ONLINE


Dua lelaki ditahan terlibat kes gaduh curi burung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list