Artikel Terkini

Dua pasukan hoki Pahang ke final Sukma 2022

Dua pasukan hoki Pahang ke final Sukma 2022
Dua pasukan hoki Pahang ke final Sukma 2022 1

KUALA LUMPUR – Finalis empat tahun lalu, Pahang melangkah ke pentas final acara hoki lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas menewaskan Terengganu pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Pahang mara hasil kemenangan 3-1 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketua jurulatih Pahang, Mohd. Sufian Mohamad berbangga dengan prestasi anak-anak buahnya biarpun tanpa kehadirannya di tepi padang disebabkan penggantungan satu perlawanan.

“Terima kasih kepada semua pemain kerana telah berusaha keras untuk memenangi perlawanan ini. Namun, perjalanan kami belum berakhir kerana masih ada satu lagi perlawanan terakhir esok.

“Saya akan teruskan kerja keras malam ini untuk pastikan pasukan dalam keadaan terbaik. Misi sekarang adalah menebus semula pingat emas yang kami terlepas sewaktu final edisi 2018,” katanya.

Dua gol Pahang dijaringkan oleh Muhamad Izham Azhar dan Mohamad Shamir Rizmi Mohd. Shamsul pada minit ke-17 serta 23.

Terengganu yang dikendalikan oleh Mohd. Faizal Ismail pula meraih dua gol menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook dan Muhamad Shahrin Izzuddin Shamsuri pada minit ke-22 serta 38.

Pahang memastikan kemenangan 3-1 menerusi penentuan penalti shoot-out selepas penjaga gol, Muhammad Hamiz Mohd. Ahir menafikan tiga percubaan pemain Terengganu.

Final esok menyaksikan Pahang bertemu Johor yang menewaskan Perak 4-1 pada aksi separuh akhir petang tadi.

Lebih manis, skuad hoki wanita Pahang juga berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan membuat perhitungan dengan juara bertahan, Selangor esok. – KOSMO! ONLINE


Dua pasukan hoki Pahang ke final Sukma 2022 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list