Berita

Dugaan empat beranak pesakit Covid-19

Dugaan empat beranak pesakit Covid-19 2

Kuala Lumpur: “Jujurnya, saya rasa bersalah kerana menganggap diri sebagai punca tiga anak positif Covid-19, namun Allah sebaik-baik perancang dan hikmahnya mereka dapat menemani saya menjalani kuarantin di sini,” kata pesakit Covid-19, Nur Ain Othman, 35.

Nur Ain memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisahnya bersama tiga anak yang mendapat perhatian warganet selepas video mereka tular di laman sosial.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu, kelihatan tiga kanak-kanak berlari memasuki pintu masuk Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor dengan disambut ibu mereka yang menyentuh perasaan warganet.

Berkongsi kisah di sebalik video itu, Nur Ain yang menetap di Banting, Selangor berkata dia terpisah dengan suami, Fazli Kamarulzaman, 37 dan empat anaknya selepas dihantar ke pusat kuarantin (PKRC MAEPS) pada 4 Januari lalu.

Menurut Nur Ain, dia dimasukkan ke situ selepas disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan di Stadium Jugra, Banting pada 2 Januari.

“Saya disahkan positif kali pertama pada 31 Disember lalu hasil ujian saringan dilakukan pada tarikh berkenaan sebaik menjadi kontak rapat seorang rakan sekerja.

“Bermula hari itu, saya menjalani kuarantin kendiri dalam bilik tetapi keesokannya (1 Februari), pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi saya meminta melakukan ujian saringan sekali lagi pada 2 Januari.

“Pada 3 Januari, saya dihubungi pegawai memaklumkan saya positif Covid-19 dan keesokannya saya dimasukkan ke pusat kuarantin, ahli keluarga terdekat iaitu suami, empat anak dan ibu diarahkan menjalani ujian saringan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nur Ain berkata, dua hari kemudian iaitu pada 6 Januari, ahli keluarganya menerima keputusan dan mengejutkan apabila tiga daripada empat anaknya iaitu Putri Qasrina Danisha,10; Muhammad Qashfi Mikhail, 7 dan Muhammad Qarizh,4, positif Covid-19

Menurut Nur Ain, berita itu amat menyedihkannya hingga dia tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika dihubungi suami .

“Saya dan suami sama-sama menangis kerana sedih memikirkan anak kami yang masih kecil diuji dengan Covid-19.

“Malah, saya turut meminta maaf kepada suami kerana menganggap diri sebagai punca namun dia cuba tenangkan saya. Kini, saya dapat menerima ketentuan itu cuma rasa sedih apabila memikirkan anak sulung (Putri Nur Qaseh Dania,12) di rumah dengan suami tanpa adik-adiknya,” katanya yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang elektronik di Telok Panglima Garang, Selangor.

Nur Ain berkata, dia dan anak-anaknya dijadualkan dibenarkan pulang ke rumah pada 13 Februari depan.

“Alhamdulillah, kami mendapat layanan baik daripada petugas kesihatan sepanjang berada di sini dan keluarga juga banyak memberi sokongan walaupun hanya dapat bertanya khabar menerusi telefon,” katanya.

Katanya, dia terkejut apabila video dirakam rakan, Nor Azlita Ariffin, 30, yang juga pesakit di pusat kuarantin tular selepas dia memuat naiknya di TikTok

“Paling terharu apabila ramai yang mendoakan cuma pesan saya kepada masyarakat, tolong patuhi prosedur operasi standard (SOP) berada dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya dijauhi daripada penyakit ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Dugaan empat beranak pesakit Covid-19 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo