Infotainment

“Dulu Kata Saya Kikis Isteri, Sekarang Tuduh Musnahkan Masa Depan Isteri?”

"Dulu Kata Saya Kikis Isteri, Sekarang Tuduh Musnahkan Masa Depan Isteri?" 1

"Dulu Kata Saya Kikis Isteri, Sekarang Tuduh Musnahkan Masa Depan Isteri?" 2

Baru-baru ini, isteri penyanyi Nubhan Ahmad iaitu Afifah Tawfek mengumumkan udah pun berhenti berkhidmat sebagai doktor gigi. Namun, ada yang mendakwa isteri Nubhan meninggalkan kerjaya sebagai doktor kerana ditamatkan kontrak.

Tampil menafikan perkara itu, Nubhan menegaskan isterinya sudah menerima tawaran pekerjaan tetap dan ditugaskan di hospital kerajaan di Johor, namun membuat keputusan untuk berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

BACA: Sanggup Berhenti Kerja Doktor Gigi, Isteri Nubhan Kini Bergelar Suri Rumah

"Dulu Kata Saya Kikis Isteri, Sekarang Tuduh Musnahkan Masa Depan Isteri?" 3

“Amboi sedap mulutnya cakap isteri saya tak diseraplah, propa lah, tamat kontrak lah…macam-macam lagi. Sejak dia dapat tawaran tetap dan diserap ke kerajaan, saya serahkan 100% pada dia untuk memilih. Alhamdulillah keluarga adalah keutamaan dia.

“Saya tak paksa isteri untuk kerja dan tak paksa dia untuk berhenti kerana keluarga saya adalah tanggungjawab saya. Tak apalah, pendapat orang macam-macam.

“Ada yang cakap masa depan isteri saya bakal musnahlah tapi tak fikir ke? Entah-entah masa depan dia makin gemilang lepas ni? Mana tau kan? Sebab kita bukan tuhan,” tulisnya.

Berang dengan tuduhan tersebut, Nubhan turut memuat naik paparan skrin memaparkan keputusan isterinya dilantik sebagai Pegawai Pergigian Gred UG41 di hospital kerajaan di Johor.

Enggan mempedulikan kata-kata netizen, Nubhan berkata dia percaya bahawa segala rezeki ditentukan oleh Allah dan siapa kita untuk mempersoalkan rezeki orang lain.

“Dulu masa isteri saya bekerja, dikatanya aku mengikis duit bini. Sekrang dah tak keja, meh duit kau aku nak kikis. Dia sebaik perancang, Dia juga menentukan rezki kita masing-masing.

“Ramai yang tau tapi mngkin kurang mengerti. Apa orang-orang ini kurang yakin dengan rezeki Allah? Mungkin juga hidup-hidup kalian rasa megah dan bahagia di mata manusia? So go ahead dengan setiap pandangan dan andaian kalian,” tulisnya.



"Dulu Kata Saya Kikis Isteri, Sekarang Tuduh Musnahkan Masa Depan Isteri?" 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo