Artikel Terkini

Ebit Lew bawa pulang dua beranak terkandas di Jakarta

Ebit Lew bawa pulang dua beranak terkandas di Jakarta
Ebit Lew bawa pulang dua beranak terkandas di Jakarta 1

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew hari ini berkesempatan bertemu dengan dua beranak warga Malaysia di Jakarta, Indonesia apabila mereka dikatakan terkandas di negara seberang itu akibat masalah visa yang telah tamat tempoh.

Seorang bapa yang hanya bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan nekad menemani anak lelakinya yang tidak dapat pulang ke tanah air disebabkan visanya yang tamat tempoh.

Difahamkan anaknya merupakan penuntut di salah sebuah madrasah di negara tersebut dan kini mengalami masalah kesihatan yang memerlukan dia pulang ke Malaysia.

Ebit Lew dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi memaklumkan bakal menghantar pulang dua beranak tersebut pada esok selepas segala urusan visa telah berjaya diselesaikan atas bantuan pihak kedutaan Malaysia di Jakarta.

“Sayu sebak rasa jumpa orang Malaysia di Jakarta. Berat ujian seorang ayah ini dan anaknya yang terkandas di sini.

“Saya terbaca di komen Facebook saya. Keluarganya di Malaysia buat pelbagai usaha. Anaknya belajar di madrasah di Indonesia. Takdir Allah anaknya sakit dan kena bawa balik.

“Sampai di lapangan terbang tak boleh balik kerana visa dah tamat. Tak boleh nak balik Malaysia sebab masalah visa ada denda,” katanya.

Tambah Ebit Lew, selama 20 hari dua beranak berkenaan terkandas di Jakarta sehingga memaksa mereka untuk tidur di merata tempat temasuklah di lapangan terbang dan masjid.

“Tiket balik terlepas kerana hal visa. Sedih rasa sebab wang belanja semua habis. Telefon pula habis bateri. Tak dapat nak keluarkan duit. Duit habis langsung.

“Dengan ubat jantung habis. Allahuakbar. Cinta seorang ayah buat anaknya yang semangat nak menuntut ilmu,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE


Ebit Lew bawa pulang dua beranak terkandas di Jakarta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list