Artikel Terkini

Elak Berus Cat Mengeras Apabila Biar Semalaman, Ini Rahsianya Tak Perlu Cuci Pun

Elak Berus Cat Mengeras Apabila Biar Semalaman, Ini Rahsianya Tak Perlu Cuci Pun
Elak Berus Cat Mengeras Apabila Biar Semalaman, Ini Rahsianya Tak Perlu Cuci Pun 1

Musim duduk rumah ni pasti ramai yang buat kerja-kerja ubahsuai rumah. Tukar cat rumah dan sebagainya. Bila sebut mengenai cat rumah kerja mengecat ni semua orang tahu tak akan boleh selesai dalam masa yang singkat bukan.

Kena pula tuan rumah nak cat satu rumah pengsan. Berapa hari pula la baru nak siapkan. IMPIANA nak kongsikan tip yang cukup menarik yang kita sama-sama boleh cuba lepas ni kalau tak nak roller atau berus cat kita mengeras bila dibiarkan semalaman.

Bila nak guna keesokkan harinya berus atau roller masih basah dan mudah untuk menyambung kerja-kerja mengecat. Jom baca apa kata tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ni.

Petua mengelak penggelek (roller) atau berus cat mengeras selepas diguna dan dibiarkan semalaman.

Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat projek semasa kuarantin PKPD. Hari ni nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna. Caranya mudah saja, balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar. Saiz plastik ikut saiz roller, pastikan plastik di pulas pada roller sehingga kebanyakan udara didalamnya keluar dan lekat ketat pada roller. Kalau nak yakin lagi, lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka. Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.

Menarikkan perkongsian ni jom kita cuba. Sebelum tu IMPIANA nak minta anda komen mengenai artikel ini dibawah.

Jangan lupa tonton video yang menarik di IMPIANA TV

 

Elak Berus Cat Mengeras Apabila Biar Semalaman, Ini Rahsianya Tak Perlu Cuci Pun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo