Infotainment

Elisya Sandha Sah Bergelar Isteri Uzair, Terima Hantaran RM22,222.22

Elisya Sandha Sah Bergelar Isteri Uzair, Terima Hantaran RM22,222.22
Elisya Sandha Sah Bergelar Isteri Uzair, Terima Hantaran RM22,222.22 1

Tahniah diucapkan kepada pelakon Elisya Sandha sah bergelar isteri kepada Uzair Haqimy. Pasangan itu selamat dinikahkan jam 3.11 petang tadi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Pada majlis tersebut, Elisya menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 serta menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

BACA: Elisya Sandha Tak Kisah Kahwin Muda

Dalam pada itu, Elisya berkata sepatutnya majlis perkahwinan mereka berlangsung pada 22 Februari tahun hadapan namun terpaksa dipercepatkan.

“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir, dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

“Dengan situasi pandemik Covid-19 yang tidak boleh dijangka dan peningkatan kes harian naik mendadak, semuanya perlu dipercepatkan termasuk hal membina masjid ini.

“Kita dahulukan yang wajib dahulu. InsyaAllah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis cuma tarikh belum tahu lagi,” katanya.

Elisya mengikat tali pertunangan dengan Uzair Haqimy yang juga anak kepada penerbit dan pelakon Sheila Rusly pada Januari lalu.


Elisya Sandha Sah Bergelar Isteri Uzair, Terima Hantaran RM22,222.22 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo