Infotainment

Elisya Sandha Tiada Masalah Tayang Wajah Anak

Elisya Sandha Tiada Masalah Tayang Wajah Anak
Elisya Sandha Tiada Masalah Tayang Wajah Anak 1

Pelakon Elisya Sandha berkata dia dan suami, tiada masalah untuk menunjukkan wajah anak perempuan mereka, Bunga Elhaq di media sosial dan tatapan umum.

Memetik mStar Online, Elisya berkata dia percaya orang ramai akan sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat anaknya itu. Namun, baginya ia terpulang pada setiap individu.

BACA: Baru 2 Bulan Bersalin, Netizen Kagum Elisya Sandha Dah Jogging

“Bagi Elisya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk!

“Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat sukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum.

“Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga,” katanya.

Sudah dua bulan bergelar ibu, Elisya meluahkan rasa syukur anaknya itu tidak banyak kerenah serta mudah untuk dijaga. Elisya mengakui pada awal menimang cahaya mata agak sukar, namun Bunga seolah memahami keadaan sekeliling.

“Ya Allah senang nak jaga dia. Bunga sangat memahami, contohnya macam saya keluar kerja. Dia tak menangis.

“Bila tanya ahli keluarga yang jaga dia, mereka kata Bunga okey je. Alhamdulillah.. dia bukan penghalang untuk saya menyambung karier. Waktu seminggu selepas bersalin, agak susah la tak cukup tidur. Sekarang dah besar sikit.. dia faham,” katanya.

Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak penerbit terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Ogos 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung, Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.


Elisya Sandha Tiada Masalah Tayang Wajah Anak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list