Infotainment

Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan’

Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran ‘Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan’
Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran 'Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan' 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pejabat Dewan Negara Perak mengesahkan penerimaan surat pengunduran daripada menjawat gelaran ‘Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan’ negeri Perak sekali gus penasihat rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal agama Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti yang terpalit kontroversi baru-baru ini.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata, warkah pengunduran diri daripada gelaran itu yang bertarikh hari ini diutuskan Dr Afifi bagi memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk berundur daripada menyandang gelaran terbabit.

Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran 'Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan' 2

Sumber Gambar: Facebook Voice

“Warkah beliau sudah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin. Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat bakti yang diberikan Dr Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.

“Baginda juga berkenan menerima permohonan itu (pengunduran) untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei 2022 (hari ini),” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran 'Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan' 4

Sumber Gambar: Facebook Voice

Dr.Afifi mengakui pengundurannya adalah berkait rapat dengan penularan rakaman di media sosial yang dilihat bertujuan mencemarkan namanya sejak dua minggu kebelakangan ini.

Beliau juga memilih untuk tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlakunya perdebatan berpanjangan yang tidak memberi sebarang manfaat.

Untuk makluman, Dr Afifi kini adalah felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom dan anak Melayu pertama dan satu-satunya yang ditawarkan jawatan tetap di universiti terkemuka berusia lebih 900 tahun itu sebagai pensyarah pada usia 32 tahun.

Beliau juga turut dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bermula 2018, selain namanya turut tersenarai dalam ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’, sejak 2010 atas jasa dan sumbangannya, lapor Harian Metro.

Kontroversi mula berlaku selepas Dr.Afifi didakwa berada di sebuah kelab malam dalam keadaan didampingi beberapa wanita yang berpakaian menjolok mata dan video itu tular di media sosial.

Penjelasan Pak Cik Shell mengenai pekerjanya tertidur semasa bertugas buat orang ramai tersentuh. Baca penjelasannya menerusi pautan di bawah.

Awal Pagi Perlu Bantu Ibu Berniaga Pasar, Pak Cik Shell Jelaskan Sebab Pekerjanya Tertidur Semasa Bertugas

Isu ‘Flight Delay’ Ketika Hari Raya, AirAsia Tampil Mohon Maaf

Dakwa Terima Layanan Buruk Pemilik Pusat Penginapan, Polis Telah Buka Kertas Siasatan


Enggan Peranannya Terus Dipertikai, Dr Afifi Pulangkan Gelaran 'Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list