Artikel Terkini

England berpesta gol belasah Iran

England berpesta gol belasah Iran
England berpesta gol belasah Iran 1

AL RAYYAN – England membuktikan status sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2022 selepas membelasah Iran 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.

Kemenangan itu membuktikan The Three Lions sememangnya berada pada landasan tepat dalam misi menjuarai saingan Kumpulan B sebelum melangkah ke peringkat kalah mati selepas ini.

Salah satu faktor kejayaan naib juara Kejohanan EURO 2020 itu adalah disebabkan Iran kehilangan penjaga gol utama, Alireza Beiranvand pada awal separuh masa pertama.

Bekas penjaga gol Royal Antwerp yang kini beraksi dengan Persepolis itu terpaksa digantikan oleh Hossein Hosseini selepas mengalami perlanggaran kepala dengan Majid Hosseini pada minit ke-10.

England memanfaatkan situasi itu dengan membuka gol pertama menerusi tandukan Jude Bellingham hasil hantaran lintang daripada Luke Shaw pada minit ke-35.

Skuad bimbingan Gareth Southgate itu menambah dua lagi gol dalam tempoh dua minit menerusi percubaan voli menarik bintang Arsenal, Bukayo Saka dan Raheem Sterling pada minit ke-43 serta 45.

Saka kemudiannya memastikan England yang meraih tempat keempat Piala Dunia Rusia 2018, selesa mendahului 4-0 dengan gol peribadi kedua pada minit ke-62.

Percaturan bijak Southgate menuai hasil apabila dua pemain gantian, Marcus Rashford dan Jack Grealish berjaya meledak gol kelima serta keenam England dalam aksi itu.

Iran yang dikendalikan bekas pembantu jurulatih Manchester United, Carlos Queiroz terpaksa akur dengan kekalahan itu apabila sekadar meledak dua gol menerusi penyerang Porto, Mehdi Taremi.

Aksi kedua Kumpulan B selepas ini menyaksikan England menentang Amerika Syarikat di Stadium Al Bayt sehari selepas Iran bertemu Wales di Stadium Ahmad bin Ali pada 25 November. – KOSMO! ONLINE


England berpesta gol belasah Iran 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo