Artikel Terkini

Enjin bot pasukan penyelamat tersekat, air laut cetek dan berlumpur

Enjin bot pasukan penyelamat tersekat, air laut cetek dan berlumpur
Enjin bot pasukan penyelamat tersekat, air laut cetek dan berlumpur 1

ALOR SETAR – Operasi memindahkan penumpang feri Express Bahagia 98 yang terkandas di perairan Kuala Kedah di sini hari ini berdepan kesukaran apabila enjin bot pasukan penyelamat beberapa kali tersekat akibat air laut cetek dan berlumpur.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi dikendalikan Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi itu bagaimanapun selesai dan ditamatkan pada pukul 10 malam tadi.

Katanya, feri yang memuatkan seramai 547 penumpang itu terkandas di kedudukan 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah dengan laporan diterima daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) pada pukul 4.15 petang tadi.

“Feri tersebut kemudian berjaya dibawa merapat ke Terminal Feri Kuala Kedah pada pukul 9.25 malam tadi menggunakan bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, seramai 272 penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot Perkasa 1224 APMM, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan.

“Beberapa penumpang yang mengalami simptom sesak nafas telah mendapat rawatan perubatan daripada petugas kesihatan setibanya di jeti,” ujarnya.

Tambahnya, antara agensi dan jabatan yang terlibat bagi urusan pemindahan penumpang ialah JLM, PDRM Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta bomba.

“Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan kepada pengendali feri penumpang agar lebih berwaspada serta meningkatkan tahap pengetahuan tentang pasang surut air laut dalam mengendalikan feri pada masa akan datang.

“Ia bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang dengan maklumat kecemasan juga sewajarnya dilaporkan terus kepada APMM melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 agar bantuan segera dapat diberikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Enjin bot pasukan penyelamat tersekat, air laut cetek dan berlumpur 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo