Artikel Terkini

EPMB jalin usaha sama dengan rakan kongsi antarabangsa

EPMB jalin usaha sama dengan rakan kongsi antarabangsa
EPMB jalin usaha sama dengan rakan kongsi antarabangsa 1

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsanya dalam usaha meneroka sektor kredit karbon bagi memenuhi keperluan Kumpulan yang kini telah mempelbagaikan perniagaannya dalam kenderaan elektrik (EV).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, bersandarkan komitmen untuk mengurangkan jejak karbon, EPMB telah memeterai perjanjian dengan  CIS Pride Fund SPC (CIS Pride Fund) dan Sharkgulf Technologies Group Ltd. (Sharkgulf) yang berpangkalan di China.

“Melalui kerjasama tersebut, CIS Pride Fund akan melabur sebanyak  AS$50 juta  (RM226.75 juta) untuk penubuhan infrastruktur pertukaran bateri untuk EV dua roda berjenama Blueshark,” katanya. 

EPMB telah bekerjasama dengan Sharkgulf untuk melancarkan EV dua roda berjenama Blueshark di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara.

Selain itu,Kumpulan  telah memeterai perjanjian pelaburan dengan Siraj Holding LLC (Siraj Holding) yang berpangkalan di Abu Dhabi dan Sharkgulf baru-baru ini.

Siraj Holding akan melabur secara berperingkat sekurang-kurangnya AS$50 juta (RM226.75 juta) dalam projek pembuatan kenderaan dua roda berjenama Blueshark daripada EPMB

Kumpulan yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah pembiaya terkenal  yang memiliki pelbagai portfolio serta memiliki jumlah aset kira-kira AS$10 bilion (RM45.3 bilion).

Sementara itu, baru-baru ini juga  EPMB juga telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan SJQ Investments LLC yang berpangkalan di Dubai dan Sharkgulf untuk bersama-sama meneroka pengembangan dan pembangunan EV beroda dua untuk pasaran Timur Tengah dan Afrika.

Syarikat juga berusaha untuk menubuhkan pusat pembuatan, jualan dan pengedaran dengan EPMB di Ras Al-Khaimah, Emiriah Arab Bersatu. -KOSMO! ONLINE


EPMB jalin usaha sama dengan rakan kongsi antarabangsa 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list