Artikel Terkini

Esok nasib Zuraida di PBM ditentukan

Esok nasib Zuraida di PBM ditentukan
Esok nasib Zuraida di PBM ditentukan 1

Esok nasib Zuraida di PBM ditentukan
Zuraida Kamaruddin hari ini menyifatkan Presiden PBM, Larry Sng, “tidak matang” dan “angkuh” dalam menguruskan parti. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan menentukan nasib Zuraida Kamaruddin dan 10 ahli yang digantung keanggotan majlis tertinggi esok.

Sumber dalam PBM berkata keahlian Zuraida dan 10 ahli yang digantung pada Oktober itu akan ditentukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Perkembangan ini menyusuli surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada mereka pada Isnin, memaklumkan sebab penggantungan dan meminta jawapan balas dalam tempoh satu minggu.

“Saya difahamkan setakat semalam, tiada seorang pun yang jawab surat tunjuk sebab itu.

“Kalau mereka tidak jawab surat itu malam ini, secara teknikalnya, mereka boleh dibuang esok,” kata sumber itu.

Sumber itu juga memberitahu satu kenyataan berhubung perkara ini akan diterbitkan jawatankuasa disiplin parti.

Terdahulu, Zuraida menyifatkan presidennya, Larry Sng, “tidak matang” dan “angkuh” dalam menguruskan PBM.

Beliau mendakwa majoriti akar umbi parti tidak bersetuju dengan tindakan Sng, kerana dilihat “dangkal” selepas mendedahkan hal kerahsiaan parti.

FMT sedang mendapatkan komen Sng.

Keanggotaan 13 ahli majlis tertinggi PBM digantung pada 28 Okt atas alasan berkaitan disiplin. Sng baru-baru ini mengumumkan beliau menarik balik penggantungan dua ahli dan memulihkan kedudukan mereka.


Esok nasib Zuraida di PBM ditentukan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo