Berita

Ex-gratia jika ada kesan sampingan serius selepas terima vaksin [METROTV]

Ex-gratia jika ada kesan sampingan serius selepas terima vaksin [METROTV] 1

Ex-gratia jika ada kesan sampingan serius selepas terima vaksin [METROTV] 2

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mewujudkan skim khas bagi memberi perlindungan dan pembayaran ex-gratia kepada individu yang mempunyai kesan sampingan serius selepas menerima suntikan vaksin.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri dalam mesyuarat khas yang diadakan pada minggu lalu.

“Skim itu adalah untuk memberi perlindungan dan pembayaran ex-gratia kepada sesiapa yang ada kesan sampingan vaksin serius dikaitkan secara langsung dengan pemberian vaksin.

“Pengumuman berhubung skim itu akan dilakukan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan baharu dari sebuah negara yang memaklumkan pengambilan satu dos vaksin Pfizer-BioNTech mencapai keberkesanan 85 peratus, beliau berkata, pihaknya masih lagi belum membuat kajian mengenai data berkenaan.

“Kita masih lagi belum membuat kajian mengenai data itu. Pada masa sama, kita masih lagi kekal dengan polisi pengambilan dua dos bagi vaksin itu.

“Pengambilan dos kedua pula akan dilakukan selang 21 hari daripada pengambilan dos pertama seperti yang disarankan pihak pengeluar vaksin terbabit,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, pihaknya masih mengekalkan polisi pendaftaran pengambilan vaksin di negara ini secara sukarela.

“Kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan dan kekal kepada polisi asal kerajaan iaitu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah secara sukarela.

“Bagaimanapun, kita tengok nanti sama ada ramai atau tidak (yang mendaftar) dan baru kita akan buat keputusan untuk polisi lain,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan organisasi antarabangsa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengesan warga asing yang tidak mempunyai dokumen supaya tampil untuk pemberian vaksin.

“Kita akan mengadakan perjumpaan dengan organisasi antarabangsa serta NGO bagi membuat pelan untuk mendekati golongan berkenaan supaya tampil.

“Tindakan ini penting supaya mereka tahu bahawa mereka tidak akan ditahan ketika tampil untuk pengambilan vaksin nanti,” katanya.

SEBANYAK 312,390 dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. FOTO Bernama
SEBANYAK 312,390 dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Ex-gratia jika ada kesan sampingan serius selepas terima vaksin [METROTV] 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo