Infotainment

Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun, Ganggu Tidur

Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun, Ganggu Tidur 2

Seperti kita tahu setiap kali malam sambutan Tahun Baru Cina pasti akan kedengaran bunyi mercun yang menjadi tradisi masyarakat Tionghua.

Namun, ada yang kurang senang dengan bunyi mercun yang kuat sehingga menganggu ketenteraman orang lain terutama di kawasan perumahan, lebih-lebih lagi jika bermain di tengah malam.

BACA: Pendapatan Terjejas, Ezzaty Abdullah Terpaksa Jual Mi Udang

Menerusi Insta Story, pelakon Ezzaty Abdullah meluahkan rasa bengang dengan bunyi bising mercun sehingga lewat malam serta menyifatkan mereka yang bermain mercun pentingkan diri.

Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun, Ganggu Tidur 3

Ezzaty berkata dia baru sahaja ingin berehat setelah penat bekerja dan menguruskan anak kecil, namun dikejutkan dengan bunyi bising sekitar pada 12.30 tengah malam.

Isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu turut meminta agar individu berkenaan supaya memahami penduduk sekeliling lebih-lebih lagi yang mempunyai anak kecil dan mengganggu tidur mereka.

Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun, Ganggu Tidur 4

“Cuba fikir kalau orang ada anak kecik yang susah nak tidur. Lepastu dia dah tidur. Mak bapa dia baru nak tarik nafas lega lepas sehari suntuk penat jaga dia yang buas.

“Tiba-tiba kau main memekak main mercun lepastu budak tu bangun nangis-nangis balik. Apa perasaan mak bapa tu? Kalau kau pentingkan diri sangat pun. Kau fikir kalau kena kat diri kau la,” tulisnya lagi.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga ada Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia.



Ezzaty Abdullah Mengamuk Dengar Bunyi Mercun, Ganggu Tidur 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo