Artikel Terkini

Fabrik Sarung Cadar Katil Diperbuat Daripada Kapas, Linen & Poliester, Jom Kenali Setiap Jenis Yang Ada!

Fabrik Sarung Cadar Katil Diperbuat Daripada Kapas, Linen & Poliester, Jom Kenali Setiap Jenis Yang Ada!
Fabrik Sarung Cadar Katil Diperbuat Daripada Kapas, Linen & Poliester, Jom Kenali Setiap Jenis Yang Ada! 1

Penggunaan sarung cadar katil bukan lagi satu benda yang asing dan sudah menjadi keperluan utama bagi anda yang ingin mendapatkan tidur yang berkualiti serta selesa. 

Ada pelbagai jenis bahan digunakan untuk menghasilkan sarung cadar katil yang selesa dan berkualiti antaranya Kapas (Cotton), Linen, Poliester dan banyak lagi. 

Jadi, jom kita kenali dengan lebih dekat fungsi dan kelebihan setiap bahan yang digunakan untuk dijadikan sebagai fabrik sarung cadar katil anda. 

Kapas (Cotton)

Fabrik Sarung Cadar Katil Diperbuat Daripada Kapas, Linen & Poliester, Jom Kenali Setiap Jenis Yang Ada! 2

Kapas adalah satu bahan semula jadi yang paling popular dan sering digunakan untuk menghasilkan fabrik sarung cadar katil. 

Ini kerana sifatnya yang amat lembut sentiasa menjadi pilihan ramai di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, sifat kapas ini juga akan semakin bertambah lembut dengan setiap kali cucian. 

Malah, kapas juga memiliki keistimewaan fungsi untuk menyebarkan haba dan menyerap lembapan dengan baik. 

Linen 

Fabrik Sarung Cadar Katil Diperbuat Daripada Kapas, Linen & Poliester, Jom Kenali Setiap Jenis Yang Ada! 4

Bagi bahan Linen pula, ia diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu tumbuhan flaks yang membuatkan fabrik ini antara paling tahan lasak. 

Struktur permukaan Linen agak sedikit berbeza berbanding jenis fabrik yang lain. Ini kerana Linen memiliki permukaan yang licin dan berkilat. 

Selain tahan lasak dan lama, fabrik yang diperbuat daripada Linen ini sememangnya kalis kotoran dan sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ada anak kecil khususnya. 

Poliester 

Fabrik Sarung Cadar Katil Diperbuat Daripada Kapas, Linen & Poliester, Jom Kenali Setiap Jenis Yang Ada! 6

Fabrik sarung cadar katil jenis Polister pula adalah bahan yang diperbuat daripada campuran sintetik. 

Tetapi anda jangan risau, meski ia tidak dihasilkan daripada bahan semula jadi Poliester masih tetap selamat untuk diguna pakai. 

Selain itu, fabrik jenis Poliester ini mudah dijaga, tidak mudah berkedut dan juga kalis kotoran. Malah, warnanya juga akan kekal terang selepas beberapa kali cucian.

Sekiranya anda mahu mendapatkan sarung cadar katil yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.

Atau anda juga boleh membeli jenis sarung cadar katil yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.

Selain itu, anda juga membeli sarung cadar katil dengan pelbagai rekaan corak yang menarik di Astro Go Shop. Klik pautan di sini untuk pembelian.

*Jangan lupa untuk guna kod promo IMPGSP5 untuk dapatkan diskaun harga pembelian.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Sumber: Ikea Malaysia Website 

Baca artikel berikutnya: Bukan Sekadar Kegunaan Harian, Cermin Juga Boleh Jadi Sebagai Dekorasi Rumah Anda!

Fabrik Sarung Cadar Katil Diperbuat Daripada Kapas, Linen & Poliester, Jom Kenali Setiap Jenis Yang Ada! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list